Ruqaiyah Yusof

Macam mana nak bermula?

بسم الله الرحمن الزحيم

Saya ajak sorang junior ni join team saya.

Ya, team business yang saya nak bangunkan.

Dia: "akak. Saya nak bermula dengan apa?"

Aku bagi sedebuk list buku, macam mana aku bermula...huhu...

Akak tahu adik tabah. Nah, baca. Akak yakin adik setabah akak..huhu..
Siapa berusaha dia berjaya, kan dik.

Jap eh, nak screenshot chat je terus, 'rajin' sangat nak taip semula.











Eh, ada pulak promot PTS Bookcafe...haha, saya memang pembeli tegar kat sana..Bookcafe patut printscreen ni..hehe

Last sekali, junior tu komen, "Wonderful, daebak!"
Rasanya dia terkejut kot.
Tapi adik ni bagus, dia terus pegi beli buku Rich Dad Poor Dad tu..huhu..
Selamat berjaya & selamat datang ke team akak, adik..=D




Ingat senang ke buat Ecommerce guna wordpress?

بسم الله الرحمن الزحيم

huhu, macam kejam je ayat title.

Sekarang pukul 4:27am,
tapi aku belum tidur.

Update kedai online katanya.

Tunjuk sikit kedai online saya,


Aduh, buruk benar teaser nak tunjuknya.
Ok, tukar lain.

Jap eh,

tadaaa...

Haha. Zero pengalaman buat ecommerce nih. Nak nangis terharu rasa. Tak cukup tido taksah cite la.
Kena maki ke, kutuk ke. Tebalkan je telinga, sebab aku ada underground projek.

Mylife in my hand.
Beruntunglah masih bujang, power in my hand..haha..

My Aim, buat dulu bisnes yang boleh dapat passive income, pastu baru boleh fikir hal kahwin.

Sebab apa?

1. Bila dah kahwin, aku nak didik anak aku sendiri. Taknak hantar ke pengasuh, atau suruh mak ayah jaga. (Mood touching + sedih)
2. Jaga husband lebih sikit.
3. Aku nak pi buat kerja untuk islam pulak. Takyah risau nak pi keje dah, tak pi keje pun ada income masuk.

Hmm, jadi apa sebab korang nak berbisnes pula?
Cari sebab yang kuat.
Meh share sini.

Okep, tu je aku boleh cerita setakat ni..

Yang lain tu, next post.





Akhirnya mak memahami.

بسم الله الرحمن الزحيم

"Mak, penatla, rasa nak tido," cuba minta green light dengan mak.

"Tido la."

"Betul ke ni mak?"

"Tapi, nanti kerja awak tu tergendala? Kita kat dunia ni jangan banyak sangat tido,"

Owh, terharu. Akhirnya mak memahami yang memang aku banyak keje. Huhu.
Jarang nak dapat permission buat keje sendiri ni.
Dan sentap.


Mendung 7 hari.

بسم الله الرحمن الزحيم


Eh, kira jap. Masuk hari ni, dah 7 hari terpaksa skip baca buku. Sedih.
Sebab nak bangunkan ecommerce sendiri ni lah.


Saya nak berjaya,
saya buat law macam ni.

Satu hari wajib satu buku + 1 dos bacaan quran + tambahan solat sunat qabliah atau baadiah.
Kadang-kadang tercicir birir jugak, tapi cubalah.

Jadi, kalau satu hari tu saya tak habiskan silibus, saya susah hati..
Sebab saya ada dateline sendiri.

Sebelum 'masuk U semula', saya nak buat lesen. Pastu pegi U, boleh la bawak kereta.
Bila kat sana, boleh la saya buat printing, buat delivery, takde susahkan orang dah..

Haha, pemikiran macam budak-budak kan? Tapi nilah kenyataan, our wishlist is not childish. Apa korang nak, tulis je dalam wishlish. Pedulikkan orang yang nak ketawakan kita tu.

Tapi dah tahu orang nak ketawakan, toksah cerita..
Cerita antara nak dengan taknak je. huhu..
Titik.

Oppss. Selagi tak bertentangan dengan syariat eh.



Eh, balik jap semula pada perbincangan asal kita.

Apa kaitan wishlist dengan silibus?

Sebabnya, bila saya masuk semula ke 'lapangan', dah terisi la ilmu di dada, cuma tinggal nak upgrade tahap super saiya je.
Eh, ada beza tau.
Masa saya bermula, saya zero point 35 la ilmu. Ha, lebih kurang macam tu.
Saya buka website, no idea how to start.
Haisy, tak boleh jalan ni.
Saya kona ikut jalan lain, u-turn, pusing sana, pusing sini,
Alhamdulillah sekarang ada dah ilmu ni dalam 35 point zero.

Jadi, bila bukak website, saya dah tahu nak buat apa, macam mana nak maksimumkan 'senjata' saya ni.

Eh, akak main pusing-pusing, u-turn je ke terus ada ilmu? Haah dik, secara tiba-tiba, magic pun ada (-_-")

Usahalah..

USAHA!

Nak dengar tak satu cerita?

Nanti saya sambung cerita kat pos lain.
  


Menulis semula

بسم الله الرحمن الزحيم


Eh, panjang betul perjalanan.
haha, gelakkan diri sendiri.

Mula-mula buat blog ni, masa tu nak belajar IM la kononnya kan.

Tapi Alhamdulillah lepas tu membawa aku ke jalan sekarang.

Jalan tu bengkang bengkok.
ye, bengkak bengkok.

Mujur jugak sampai...

sob...sob..terharu.

Sebab Allah masih izinkan aku lalu.
Kalau tak, hampir nak EXIT highway dah..
sob..sob...lagi..

Sebagai penghargaan dan rasa berterima kasih pada Dia, aku berazam nak hidupkan blog ni dan keluarkan maklumat-maklumat dari hotak haku yang dah hampir tepu, sebelum dia hilang jadi debu. huhu..

Thanks guys for reading,