Salah faham istikharah
بسم الله الرحمن الزحيم| Gambar Ihsan Google. |
seorang gadis ni bermimpikan seorang lelaki ni. Dan dia takde apa-apa perasaan pun.
Tapi sebab mimpi tu, dia cuba bertanya melalui orang tengah. Dan kemudian si lelaki tu cakap dia tak bersedia pun lagi. Kisah mereka berakhir di situ.
Bercakap pasal mimpi,
boleh jadi ia datang daripada syaitan.
Saya pernah didatangi seorang lelaki ni, berkali-kali masuk dalam mimpi saya.
Sedangkan saya tiada perasaan pun pada dia.
Dan lebih parah, pertama kali seumur hidup saya ter- jatuh hati sewaktu terserempak dengan dia.
Please, hensem macam mana pun orang tu, saya bukan mudah jatuh hati pada orang, kalau bukan sebab cahaya imannya, mungkin. Saya pun tak tahu.
Selama 2 tahun saya pendamkan perasaan dan terus berdoa.
Bila saya dah bersedia dan nekad nak salurkan melalui orang tengah, rupanya si lelaki tu dah nak kahwin pun. Boleh bayangkan tak macam mana perasaan kecewa tu.
Lepas daripada tu, saya beli buku ni dan baca.
Rupanya, Allah nak mengajarkan aku sesuatu, banyak hikmah yang dapat. Memang awalnya rasa macam nak berputus asa. Tapi, banyak yang terjadi lepas tu. Tak lain tak bukan, semuanya Dia beri untuk menguatkan aku semula.
Oh ya, ada juga seorang lelaki ni, dia pernah ajak saya ber-couple, tapi saya tolak. Sebab family tak bagi couple-couple ni, dan saya tak reti nak ber-couple, dan saya ni pengawas. Saya tangkap orang couple, tiba-tiba saya couple..(?)
Tahu apa reason dia ajak saya bercouple, dia kata dia dah suka kat saya, sebab bermimpi kan saya.
Tapi, sekarang ni dia dah kahwin pun dengan orang lain.
Jadi, melalui buku 'Mengapa Istikharah Tidak Terjawab' ni, Ustaz Emran mengupas, Islam bukan tertegak atas dasar perkara ghaib macam mimpi ni. Tidak.
Lepas istikharah, buat istisyarah, iaitu berbincang dengan orang lain. Buat keputusan dengan perbincangan, bukan tanya melalui mimpi. Sebab kita bertanggungjawab atas setiap keputusan kita buat. Sebab tu pentingnya berbincang dan nilai semula pro & cons. Buat keputusan berdasarkan itu.
Dan banyak lagi yang saya belajar, melalui pengalaman.
Jangan percaya seseorang tu jodoh kita, sampailah tibanya saat ucapan akad nikah.
Kita senang dengan dia, kita banyak persamaan dengan dia, dia masuk dalam hidup kita, belum tentu lagi tu tanda-tanda dia jodoh kita.
Hinggalah saat dia sudi berkahwin dengan kita, dan melafazkan akad nikah.
Never believe any 'petanda-petanda' like that. Bahaya.
Macam mana nak tahu dia jodoh kita atau tak? Kahwin dengan dia. Itu saja jawapannya.
Yang berjodoh pun boleh bercerai.
Kalau kita kahwin semata-mata nak bercinta, nak tahu dia jodoh kita atau tak, apa jaminan kita perkahwinan tu akan bertahan?
Tanya balik diri, apa sebab aku berkahwin?
(Err, dah tak rasa nak kahwin pun....mak, tolong. What happen to me?)
Jauh disudut hati aku,
aku nakkan perkahwinan yang kekal hingga ke syurga.
Menyayanginya dan memberikan sepenuh hati kepadanya, semuanya mahu hingga ke syurga.
Dan perkahwinan juga salah satu daripada cabang dakwah.
Dan aku ini fardhu muslim, bersamanya juga fardhu muslim, membentuk sebuah keluarga muslim, yang bersama-sama membina generasi muslim.
Semuanya demi memanjangkan kelansungan dakwah.
Allah. Saat ini aku diuji.
Ya, benar Allah. Aku akan cuba kotakan kata-kata aku.
Walau pahit, berkahwin kerana dakwah.
Walau siapa pun dia.
Dan aku patut bersyukur.
Ruqaiyah, ingat semula kenapa kamu nak berkahwin.
Dan, aku ni. Simpang siur aku nampak masa depan.
Ya Allah, tolong berikan aku keyakinan dan kekuatan.


























