Ruqaiyah Yusof

Showing posts with label Soul Dinner. Show all posts
Showing posts with label Soul Dinner. Show all posts
بسم الله الرحمن الزحيم

Dan hidup ni tak lari dari perjuangan.
Perjuangan untuk terus belajar.
Perjuangan untuk memahami perjuangan itu sendiri.
Dan rehat itu hanya di syurga.

Yang pastinya, aku sebagai jundi,
masih aku ingat tugas dan perananku.

Terima kasih ya Allah, kerana mengurniakan dia,
satu bahagian yang dah lama hilang dari aku dulu.

Akan ku turuti langkah itu,
akan aku usaha,
akan aku meneliti lagi makna perjuangan ini.

Dan hadirnya satu kurnia,
ya Allah.
Terima kasih ya Allah.
Alhamdulillah.

بسم الله الرحمن الزحيم

Gambar Ihsan Google.
Kawan saya pernah dengar cerita,
seorang gadis ni bermimpikan seorang lelaki ni. Dan dia takde apa-apa perasaan pun.
Tapi sebab mimpi tu, dia cuba bertanya melalui orang tengah. Dan kemudian si lelaki tu cakap dia tak bersedia pun lagi. Kisah mereka berakhir di situ.

Bercakap pasal mimpi,
boleh jadi ia datang daripada syaitan.
Saya pernah didatangi seorang lelaki ni, berkali-kali masuk dalam mimpi saya.
Sedangkan saya tiada perasaan pun pada dia.
Dan lebih parah, pertama kali seumur hidup saya ter- jatuh hati sewaktu terserempak dengan dia.
Please, hensem macam mana pun orang tu, saya bukan mudah jatuh hati pada orang, kalau bukan sebab cahaya imannya, mungkin. Saya pun tak tahu.
Selama 2 tahun saya pendamkan perasaan dan terus berdoa.

Bila saya dah bersedia dan nekad nak salurkan melalui orang tengah, rupanya si lelaki tu dah nak kahwin pun. Boleh bayangkan tak macam mana perasaan kecewa tu.
Lepas daripada tu, saya beli buku ni dan baca.

Rupanya, Allah nak mengajarkan aku sesuatu, banyak hikmah yang dapat. Memang awalnya rasa macam nak berputus asa. Tapi, banyak yang terjadi lepas tu. Tak lain tak bukan, semuanya Dia beri untuk menguatkan aku semula.

Oh ya, ada juga seorang lelaki ni, dia pernah ajak saya ber-couple, tapi saya tolak. Sebab family tak bagi couple-couple ni, dan saya tak reti nak ber-couple, dan saya ni pengawas. Saya tangkap orang couple, tiba-tiba saya couple..(?)
Tahu apa reason dia ajak saya bercouple, dia kata dia dah suka kat saya, sebab bermimpi kan saya.
Tapi, sekarang ni dia dah kahwin pun dengan orang lain.

Jadi, melalui buku 'Mengapa Istikharah Tidak Terjawab' ni, Ustaz Emran mengupas, Islam bukan tertegak atas dasar perkara ghaib macam mimpi ni. Tidak.
Lepas istikharah, buat istisyarah, iaitu berbincang dengan orang lain. Buat keputusan dengan perbincangan, bukan tanya melalui mimpi. Sebab kita bertanggungjawab atas setiap keputusan kita buat. Sebab tu pentingnya berbincang dan nilai semula pro & cons. Buat keputusan berdasarkan itu.

Dan banyak lagi yang saya belajar, melalui pengalaman.
Jangan percaya seseorang tu jodoh kita, sampailah tibanya saat ucapan akad nikah.
Kita senang dengan dia, kita banyak persamaan dengan dia, dia masuk dalam hidup kita, belum tentu lagi tu tanda-tanda dia jodoh kita.
Hinggalah saat dia sudi berkahwin dengan kita, dan melafazkan akad nikah.

Never believe any 'petanda-petanda' like that. Bahaya.
Macam mana nak tahu dia jodoh kita atau tak? Kahwin dengan dia. Itu saja jawapannya.

Yang berjodoh pun boleh bercerai.
Kalau kita kahwin semata-mata nak bercinta, nak tahu dia jodoh kita atau tak, apa jaminan kita perkahwinan tu akan bertahan?

Tanya balik diri, apa sebab aku berkahwin?
(Err, dah tak rasa nak kahwin pun....mak, tolong. What happen to me?)

Jauh disudut hati aku,
aku nakkan perkahwinan yang kekal hingga ke syurga.
Menyayanginya dan memberikan sepenuh hati kepadanya, semuanya mahu hingga ke syurga.
Dan perkahwinan juga salah satu daripada cabang dakwah.
Dan aku ini fardhu muslim, bersamanya juga fardhu muslim, membentuk sebuah keluarga muslim, yang bersama-sama membina generasi muslim.

Semuanya demi memanjangkan kelansungan dakwah.
Allah. Saat ini aku diuji.
Ya, benar Allah. Aku akan cuba kotakan kata-kata aku.
Walau pahit, berkahwin kerana dakwah.
Walau siapa pun dia.
Dan aku patut bersyukur.

Ruqaiyah, ingat semula kenapa kamu nak berkahwin.
Dan, aku ni. Simpang siur aku nampak masa depan.
Ya Allah, tolong berikan aku keyakinan dan kekuatan.


بسم الله الرحمن الزحيم



Teringat sekali tu, balik ke Nilai, tunggu bas mini.
Tungu punya tunggu, ada orang lain yang tunggu aku.

Sorang wanita, tiba-tiba datang, tanya "ada duit RM10 tak?"
Aku dah pernah dah alami dengan Aisyah Ishak, di MINES, tiba-tiba orang datang pinjam duit, cakap purse tertinggal, anaknya tengah menangis tunggu kat rumah. Kemudian dia pergi ke orang lain pula. Dan ianya nampak macam sindiket, seolah-olah skrip yang lebih kurang diulang.

Jadi, berbalik pada kisah di stesen bas Nilai, saya bukan sayang sangat RM10 tu, tapi kata-katanya tu was-was. Mula-mula selamba aje dia tanya, sekarang pukul berapa?
Sambil mata melilau apa yang saya nak keluarkan dari poket. Saya sorokkan sedikit handphone, bimbang juga tiba-tiba dirampasnya. Bila dia nak pinjam RM10, katanya, nanti dia pulangkan.
Saya tanya, pulangkan macam mana? Tiba-tiba dia naik angin, marah. Katanya, ada lah. Nanti dia bank in lah, itulah, ini lah.

Mungkin sebab saya banyak bertanya, last-last dia maki saya kuat-kuat dikhalayak ramai, dengan kata-kata kesat. Dan paling saya ingat, katanya, 'aku bukan taktau, orang macam kau, pakai tudung je, tapi....(tak sanggup nak tulis).

Ada lah, dalam setengah jam dia berdiri di tepi sambil keluar kata-kata kesat, saya duduk menunggu bas. Sampai semua orang disekeliling pandang kami berdua, tapi aku buat tak tahu. Mungkin sebab aku buat tak tahu tu, dia lagi naik hangin. Aku cakap pada diri sendiri, Sabar. Allah tengah nak menguji aku. Sabar, mungkin ni teguran Allah didatangkan dari orang lain untuk betulkan aku.
Sampai sekarang saya tertanya-tanya. Adakah saya yang salah tak bagi pinjam RM10, itu balasan saya dapat? Atau sebenarnya Allah nak menguji aku? Tak siapa tahu hikmah sebenarnya Dia nak bagi.

Dan setiap kali nampak orang buat silap,
kadang-kadang aku tanya diri sendiri.
Allah nak tegur aku ke?

Sebelum nak fikirkan orang lain yang bukan-bukan,
aku terfikir dulu, macam mana kalau aku berada di tempat dia, dan terjadi seperti dia. Aku masih nak kata macam tu ke pada diri aku sendiri?
-Something to muhasabah-
-Rasa agak pahit jugaklah untuk diingat-


بسم الله الرحمن الزحيم



Sampai-sampai ktm, train terus pergi.

Fikir dalam hati, tak apalah. Allah takkan zalimi hamba-Nya.
Dahlah sorang, waktu malam pula tu.

Tunggu sajalah. Sambil berdoa dalam hati, bertawakkal, berzikir.

Tegur akak sebelah,
katanya berhenti kat xxxx (tak ingat, tapi laluan pelabuhan klang).
Ok, tak apalah.
Sambil-sambil tu, tengah fikir, dari ktm nak ke kolej, macam mana.
Tak berani juga naik teksi malam-malam.
Cuba call prebet2 (pelajar perempuan usim), semuanya balik kampung.
Risau dah.

Tiba-tiba datang 3 orang gadis-gadis tudung labuh.
Dalam hati, fikir ni pelajar USIM ni.
Tanya diorang,

"Turun mana?"
"Batang benar."

Kami pun diam seketika.
Datang train, tulis didepan, laluan ke Klang.

Adik-adik ni dah meluru nak masuk train.
Saya panggil,
"ini train ke klang. Kalau nak pergi batang benar, train lagi satu."
Mereka berhenti.
Mereka pun jerit panggil kawan dia yg lagi sorang, hampir masuk train dah.

"Nurul.."
Tak cukup kuat lagi kami panggil, lelaki-lelaki berhampiran tolong jerit sama.
Barulah adik sorang tu patah balik.

Rupanya itulah hikmahnya, terlepasnya saya train tu, untuk tolong adik2 tahun satu ni,
supaya tak silap masuk train.
Naya lah malam-malam ni salah train.

Lepas daripada tu, kami berkenal-kenalan.
Rupanya memang usim, dan salah seorangnya adik genku.
Dan hikmahnya, boleh lah naik sekali dengan mereka dari ktm pulang ke kolej.
Tak perlu naik teksi malam-malam.

Penyayang kan Allah?
Terlepas train tu, andai kita bersangka baik dengan Allah,
dia akan berikan yang baik.
Cuba bayangkan kalau saya marah dalam hati,
nak tegur adik-adik sebelah ni pun takde mood.
Wallahua'lam.

P/s: adakalanya kita yang wanita ni terpaksa berhadapan situasi macam ni.
Banyakkan berdoa, baca al-fatihah dan ayat kursi dalam hati banyak-banyak, jalan laju, dan jangan lupa bagitahu parents, minta doa mereka.
Bila keadaan-keadaan terpaksa macam ni, insya Allah Dia akan permudahkan.
Selalunya bila saya seorang macam ni, mesti akan jumpa juga orang-orang yang saya kenal. Alhamdulillah.


بسم الله الرحمن الزحيم

3 May 2015



Takziah buat Umairah Abd Rahman.
Banyak berita perkahwinan, banyak juga berita kematian mengejut.
Mati tu bila-bila, beruntung yang sudah bersedia.
Cuba bayangkan kita pergi ke langkawi, atau cameron, atau mana-mana, tapi tak bawa bekalan baju, atau apa-apa bekalan utk persiapan. Begitu juga mati mengejut ni. Kalau bersedia dari sekarang, alhamdulillah.
Terima kasih ya Allah atas peringatan berharga ni.



بسم الله الرحمن الزحيم



Baru je semalam kak wani tanya,

"Cantik tak tudung ni?" Sambil tunjuk gambar dari fb penjual tudung online. Saya rasa biasa aje.

"Bukan tudung tu yang cantik, model tu yang cantik." Aku sambung buat kerja.

Bila fikir balik, eh. Tak baik pulak aku cakap macam tu. Taste tiap orang mesti lain, kan? Saya pun betulkan ayat.

"Mungkin bagi orang lain cantik je, tapi bagi saya biasa saja. Saya pun tak suka corak macam ni."

Kemudian, dapat soalan cepumas dari kak wani.

"Sebenarnya akak terfikir, cantik tu subjektif kan? Apa yang menyebabkan seseorang tu cakap benda tu cantik, dan benda ni cantik ye? Ruqaiyah kata model ni cantik, akak pun rasa macam tu. Tapi apa sebenarnya sebab dan punca."

Haa, sudah. Keluar dah ethics, falsafah dan epitisme dia.
So, sebelum otak digerila, saya surrender awal-awal.
Boleh pengsan kalau nak buka bab ni.

"I'v no answer. Mungkin jawapannya ada pada buku-buku kak wani tu. Huhu."


بسم الله الرحمن الزحيم


Petikan ni, saya ambil di pendahuluan. Saya suka baca pendahuluan, sebab kadang-kadang seolah-olah kita baca The Making Of ...

"Masih ramai yg soleh, tapi tak ramai yang memperjuangkan supaya kesolehan itu menjadi lumrah"

-inilah sebab apa saya banyak menulis dan terus menulis. Kerana trend dan kebiasaan itu, masyarakat semakin membiasakan benda-benda pelik hingga menjadi 'jauh'.

-Kagum, macam mana agaknya disiplin penulis buku ni menulis ye? Kadang2 suka baca muqaddimah buku tu, sebab seakan-akan baca disebalik tabir pembikinan, dan apa yang mendorong penulis ni menulis.

-Doakan saya dapat bermula menulis walau sebuah buku.



بسم الله الرحمن الزحيم

Setiap kali teringat Ramadhan,
mesti saya akan teringat satu soalan.

"Kalau kita diberi satu peluang untuk meminta apa-apa sahaja pada Allah,
yang Allah makbulkan,

apa yang kita akan minta?"

#Deep sebenarnya. Zaman muda-muda dulu, mestilah banyak minta dalam urusan dunia. Tapi satu pesanan, yang saya tersentap dan ingat sampai sekarang,

"pada saat diberikan peluang emas untuk meminta itu,
mintalah pada Allah syurga-Nya,
mintalah mati dalam husnul khatimah.
Itu lebih bermakna dari seluruh dunia & isinya."

Ya, dan sebenarnya, hatta kalau sepotong roti pun kita minta pada Allah, Allah tetap bagi.
Dia tak pernah lupakan kita, tak pernah tinggalkan kita.
T_T

Dan satu masalah aku,
bila aku dapat sesuatu ilmu,
aku terus tengok balik dalam hidup ni, part mana aku kena betulkan.
Dan terus islah diri.

Jadi, masalahnya aku tak ingat dengar dari siapa,
atau baca dari mana. T_T



بسم الله الرحمن الزحيم

Teringat kata-kata aku pada kak naqibah.

"Akak, sesiapa yang dicadangkan untuk saya, kalau tak datang rasa cinta dahulu pun takpe.
Cukuplah saya rasa tenang dan yakin."

Dan seorang hamba Allah. Diberikan gambar.
Memang tak rasa apa-apa.
Tapi, baiknya wajahnya. Tenang? Tak pasti.

Ya, tak rasa cinta dahulu pun takpe.
Tak rasa apa-apa dahulu pun takpe. Cukup yakin & tenang.
Mendapat beberapa nasihat kakak.

Jodoh tu seperti jambatan.
Kalau tak siap, kita takkan tiba ke destinasi.
Ya, maksudnya persiapan akulah yang belum cukup.

Sebenarnya, aku bersyukur.
Alhamdulillah.
Sebenarnya, cara inilah yang aku idamkan.

100% menggunakan orang tengah.
Dijauhkan dari masalah hati.
Tenang saja rasa.
Tak jatuh cinta lagi pun takpe.
Sama fikrah.
Moga Allah redha.
Dalam usaha aku mencari redho-Nya.
Sebenarnya, aku ni belum cukup bersedia.
Tengok gambar dia, aku jadi takut,
banyak lagi persediaan aku perlu buat.
Untuk membina jambatan dalam menuju redha-Nya.
Mungkin belum cukup taqwa, atau belum cukup solehah.

Ya, tak mahu simpan harapan tinggi.
Cukuplah dengan usaha & tawakkal.
Andai tak jadi, sekurang-kurangnya aku dah usaha.
Kalau jadi, Alhamdulillah.
Macam tak percaya pun ada.

Selalunya yang tak disangka-sangka tulah yang jadi. Kan?
Insya Allah. Tetap serahkan segalanya pada Dia.


بسم الله الرحمن الزحيم



So, later, secara serius.
Saya akan mendirikan rumah tangga. Insya Allah.
Berfikir secara serius.
Tak tahu lagi bagaimana keputusan.
Masih istikharah.
Lega, satu amanah & tanggungjawab dah rasa lega.
At least my business partner boleh faham, kalau akhirnya saya tak dapat teruskan.

Dan bakal ni,
tak tahu lagi dia akan izinkan saya berbisnes atau tak.
Agak hilarious juga.
Kadang-kadang, aku tak tahu antara impian aku,
dengan orang yang soleh, mana perlu aku pilih.

Adakah aku kena bertegas, kalau boleh terima saya berbisnes baru proceed.
Kalau tak terima, cari lain.

Atau, sebab yang soleh susah di cari,
jadi aku kena tinggalkan impian dan cita-cita aku.

Ya Allah, tenangnya wajah dia.
Al-Hafiz pula tu. Nak bandingkan dengan diri aku, rasa rendah diri.
Macam tak layak je.
Dan aku selalu bertanya, macam mana ini akan berakhir?

Dan sebenarnya ada dua orang yang dicadangkan kepada aku.
Kedua-duanya orang terengganu.

Pilihan yang Allah beri,
adalah latar belakang mereka.
Dan perkara wajib, kena belajar budaya terengganu.

Dan bila terfikir, sebelum ni ada lecturer cadangkan untuk sambung master by research di UMT.
Adakah ni pilihan yang Allah nak beri?
Kahwin dengan orang sana, dan sambung master di sana.

Ya, semasa proses taaruf ni aku kena bentangkan plan perjalanan hidup aku.
Boleh bertoleransi tak?
Kadang-kadang kita belum tahu, yang ini menjadi atau tak.

Itulah gunanya istikharah.
Dan Alhamdulillah, harini Allah berikan jawapan direct pada istikharah aku.
Ya, aku berpuas hati dengan jawapan tu.
Sekurang-kurangnya aku tak rasa bersalah lagi dalam membuat keputusan.
Alhamdulillah.

Dah tiba masanya aku serius mencari calon hidup, sehidup semati, hingga ke syurga,
dalam mencari redha-Nya.
Syurga yang bakal aku berbakti, membantunya dalam meneruskan perjuangan. Dan bersama-sama meneruskan perjuangan.
Perkenankanlah ya Allah.






بسم الله الرحمن الزحيم

Apabila Dia memberi,
Dia tetap memberi dengan pilihan.
Moga aku dapat bukakan pintu hatiku untuk membuat pilihan,
mana yang terbaik untuk agamaku, masa depanku, kehidupanku, dan perjuanganku.

Atas istikharah ini,
aku minta bantuan Dia dalam menetapkan keputusanku.
Aku semakin nampak masa depan perjuanganku.
Yang dulu malap, penuh halangan,
moga selepas ini dapat istiqamah.
Insya Allah.

Moga berikan ketetapan hati buatku.
Cuba berikan yang terbaik,
dan cuba buat yang terbaik.

Dan sebenarnya, bukanlah khabar duka buatku.
Terima kasih ya Allah atas pemurahnya Kau dalam memberi.

Dan sebenarnya,
aku masih berfikir dan membuat pertimbangan.....
Berfikir semasak-masaknya.

بسم الله الرحمن الزحيم

Seronok PBAKL 15 kali ni.
Alhamdulillah, lambat sikit update pasal PBAKL ni, bukan apa.
Sabtu ahad, busy sikit, pergi kursus kahwin.
Jumaat pergi PBAKL,
Khamis dgn Rabu malam pergi UKM,
berderet-deret.

Ini pun housemate ajak pergi kat tempat kanak-kanak autism,
tapi rasa berderet-deret tiap hari berjalan.
Memang bagus untuk kurus, tapi kena siapkan kerja. huhu.

==================
Hari Ahad.

Ada kisah disebalik kejadian ni.
Semuanya perancangan Allah yang sebaik-baik merancang.
Tak plan pun nak jumpa kakak kat PWTC ni.
Turun bas, memang sebelah station je dengan PWTC.

Masa tu, baru turun bas, solat zohor.
Lepas solat, berdoa siap-siap.

"Ya Allah, aku dah dekat ni. Teringin sangat nak pergi. Tapi takde siapa nak teman atau jumpa kat sana. Ya Allah, kalau ada orang nak pergi sekali ke pwtc, memang aku akan pergi. Izinkanlah aku."
Pergi lipat telekung. Bersiap-siap nak keluar surau. Baca mesej.

"Siti, kita orang kat pesta buku ni. Nak mai?"

Ya Allah! Pucuk dicita, ulam mendatang. Orang mengantuk disorongkan bantal. (Ok, peribahasa apa lagi nak guna? huhu) Gembira tak terkata.
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Kebetulan, masa bas saya sampai tu, masa kakak mesej, diorang baru sampai.
Perancangan Allah lagi hebat. :'( Allah jualah sebaik-baik perancang.

Rupa-rupanya, masa balik tu, kakak buka cerita.
Sebenarnya kakak dah lama teringin nak pergi pesta buku. Ajak abang bad.
Tapi abang bad kata, "nak pergi dengan bawak Aini ni? (Sebab aini agak 'ringan'. Memang sakit tulang belulang kalau dukung lama sikit.)"

Kakak pun diam.
Tiba-tiba, hari Ahad tu, masa saya naik bas tu, Abang Bad tiba-tiba ajak kakak pergi pesta buku.
Terkejut jugaklah kakak, tak siap apa-apa lagi.
Alhamdulillah, sampai juga mereka ke sana.

Masa dah nak sampai PWTC, abang bad suruh kakak mesej saya. Ajak je, kalau-kalau siti nak pergi. Rupanya Allah dah gerakkan hati abang bad dan kakak untuk semuanya.

(Selingan: banyak kali berdoa supaya Allah gerakkan hati 'dia'. Insya Allah, mungkin kena tambah usaha je lagi sikit. hihi)

Hebatkan perancangan Allah?
Subhanallah. Alhamdulillah.

Dah siap round. Tapi tak berapa best, sebab kakak asik risau ke anak dia. Huhu. Tak tenang nak tengok buku.


Inilah Nur Aini Izzati. Comel kan? 
Ok, ini kerja poyo. Takde keje selfie tengah lautan orang ramai. haha, pastu malu sendiri.
Tengok tu, mak orang tengah cari buku untuk anak dia. Haha, dulu cari buku untuk bujang-bujang. Lain genre nya. 
Takde kerja, welfie sambil mak budak tu tengah cari buku. Haha

Ini lah abang bad dengan kakak.
Dalam train. Otw balik. 
=======
Kisah 2 (Jumaat)
Masa ni pergi dengan kakde dan abangde pula. 
Kisah dia, saya dah coretkan di FB.

Ini linknya. 

Kakde, abg de, hakimi & hafizi.
Dan terjumpa buku ni. Dan tergerak untuk beli, dan teringat ke someone.
Ini buku untuk afif, tapi terbawa balik pulak.
===============
Kisah 3 (Sabtu).

Ok, ini kisah orang lain pula. Diceritakan semula oleh saya.
Masa tu angah ajak afif pergi pesta buku, dalam whatsapp.
Kecoh jugaklah pagi sabtu tu, dia ajak umi dengan afif.

Alhamdulillah, dalam pukul 3 tu selamat sampai ke pesta buku. 
Angah bawa anaknya, Kakyong (Darjah 5) & Kakngah (Darjah 4) saja. 
Lagi 4 orang hero-hero tu kena tinggal. 

Ok, ini kelakar sebab Mak cakap, abang ahmad (Darjah 3) yang tak pernah-pernah menangis pun, menangis kena tinggal. Haha. Kat bawah nanti ada gambar hero berempat tu.

Alhamdulillah, pukul 9 malam, diorang terus naik bas balik rumah. Sampai lebih kurang dalam pukul 12 malam. Cekal kan? Pergi balik hari je. Macam kuantan tu sebelah KL je, haha. Sebab abang ngah tengah berniaga, tak dapat pergi sama. Anak-anak dah besar, dah boleh tinggal. Mujurlah.

Dari kiri, kakyong, kakngah, afif.

Dengan angah.
Pantang jumpa buku. Terus tunduk, tak angkat-angkat kepala. haha

Inilah 4 hero tu. Haha. Ayah dia post gambar ni. Eh, tak menangis pulak. Paling besar tu lah abang ahmad, mulut banyak jugak dia ni. haha. Paling kiri, abang ode (tadika 6 tahun), sebelahnya, baju oren tu Arif. Dan yang bongsu, paling kanan. Lutfi namanya.
Pok Afif, seronok naik LRT.

Angah 3 beranak.

Ok, ni memang menarik. Diorang solat jumaat sampai ke mesin ATM ni. Betapa ramainya umat Nabi Muhammad yang bernama lelaki ni rupanya. Ini tengah beratur nak cucuk duit ni.
Ok, tu aje kenangan manis dan memori yang saya nak simpan. Sesuatu yang indah untuk dikenang-kenangkan. Alhamdulillah, syukur ya Allah. Terima kasih, aku masih memiliki mereka. Semuanya sementara.


بسم الله الرحمن الزحيم

Sambung kisah aku bertemu dengan sahabat-sahabat semalam.

Lol! Takde kaitan pun gambar dengan cerita. Tapi 2 orang dalam ni tak datang.

Diaorang ni ramai bakal kaunselor.
Seronok berborak dengan diorang ni.
Siap boleh bagi kaunseling kerjaya lagi. -_-"

Sorang tu jenis cakap laju, tapi susah betul nak keluar main point.
Sorang lagi tu, lambat tapi teratur.
Macam-macam kerenah ada. Haha.

Then, aku nak test keluarkan satu hipotesis untuk tahu valid ke tak.

Aku cakap,

"Saya perhatikan, ada 2 jenis orang. Sorang ni jenis banyak berfikir, selalunya dia bercakap laju. Tapi dia lambat buat kerja, atau malas. Sorang lagi dia jenis tak yang rajin buat kerja. Dia tak se-aktif bercakap macam orang jenis pertama."
Perbincangan No 1 (panel; kak zu):

" Yeke? Akak tak pun (walaupun akak bercakap laju, LOL!). Ada masa akak banyak berfikir, cakap laju, tapi akak malas rasa nak buat kerja. Kemudian bila akak buat kerja, akak akan diam."

Penyokong perbincangan No 1 (panel; kak nad):

"Betul, akak pun macam kak zu."

Status perbincangan (kedudukan hipothesis):

Aku; "Owh, yeke. Jadi mungkin manusia ni, mungkin boleh jadi dua-dua." So, kak zu dengan yakinnya cakap, "Jadi hipothesis awak tak diterima, atau tertolak. " Haha, laju je kak zu ni.
Semakin aku berfikir dalam, boleh jadi manusia ni, cenderung pada nombor atau cenderung pada huruf. Tak apa, teruskan pencarian. Cuma satu je konklusi aku.
Budak sains ni, yang jenis math atau fizik, atau chems, tak boleh buang atau hilang 'jati diri' dia tu. Contohnya cakap laju. Haha. Kak zu, cakap laju, dan berlatarbelakangkan Degree Chemistry.

Dan banyak kak zu share semalam.
Contohnya, manusia ni, pembahagiannya, S= Sosial, R=Realistik, K=Konvensional.

Katanya, aku ni jenis realistik. Macam kerja-kerja dalam lab, gitu. Haha. Apa kaitan, tak tahu.
Aku suka je kerja-kerja kajian ni, tapi kalau setakat duduk dalam lab, ikut arahan, bagi arahan buat eksperimen, maunya lemau kepala!

Kata kak zu lagi, orang sosial, dia banyak bergaul, peramah, macam ahli politik gitu.
Erm, itu aje sempat kak zu share. Rasa nak tahu lebih lagi.

Dan masa otw balik, aku ni kan banyak sangat tanya pasal psikologi.
Iyalah, teruja.

Kak zu cadangkan ambik Kaunseling.

Saya kata, "Akak, saya ni minat aje nak tahu. Tapi saya tak bercadang nak ambil Kaunseling.
Saya nak ambil software engineering (atau berkaitan dengannya).
Sebab saya nak bagi sumbangan di bahagian tu.
Kalau semua orang nak ambil Kaunseling, siapa yang nak pergi ke bidang teknologi ni?
Tak ramai orang boleh pergi ke bidang programming ni.
Sebab tu, bila saya rasa saya boleh pergi, saya nak teruskan."
Inilah antara isi subjeknya. Teruja kan?

Masih buat pertimbangan.

Sebenarnya masih dilema, nak sambung kerja dulu setahun, kemudian sambung master, atau terus ambil master. Kena berbincang lagi dengan family.
Dan bisnes pula, macam mana?
Sudahlah, pegang amanah orang pula. Berat tu rasa, especially kalau kita pegang sorang.
Itu yang rasa kena bina team cepat-cepat.

Ya, impian saya masih.....
Nak mendigitalkan banyak benda.
Di zaman informasi, pembangunan digital yang makin pesat.

Kak nurul kata, ambil je dulu coursework.
Especially kalau kita masih baru dalam bidang ni.
Terfikir, sejauh mana aku boleh pergi?
Aku tak tahu kalau tak mencuba.

Masihkah aku jadi sang pemikir kalau ambil coursework?
Kalau tanya pendapat orang lain, entahlah.
Lain orang, sebenarnya lain penerimaan dia terhadap kesukaran thesis ni.

Dan inilah dalam sejarah, aku jumpa orang cakap buat thesis tu best.
Ok, berpeluh. Huh!

p/s: Suka berborak dengan orang banyak ilmu dan banyak berfikir ni. Saya akan rindukan kalian suatu hari nanti. T_T. Moga kita bertemu lagi dalam rahmat-Nya dan penuh mahabbah.



بسم الله الرحمن الزحيم

Seronok...

Seronok sangat.
Bermusafir, dengan sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah.
Saya baru berjumpa 1-2 kali, tapi kami rapat macam dah lama kenal.
Memanglah, taaruf pun tak habis lagi.

Gambar koleksi buku kak wani.

Gambar koleksi buku kak wani.

Gambar koleksi buku kak wani.
Kalau perasan, dua tiga hari ni, status aku 'pelik-pelik', macam orang tak betul pun ada.
Itu tanda bila aku banyak berfikir, macam tu lah jadi.
Macam nak pecah kepala.
Kadang-kadang, kalau kena berfikir lewat malam, sampai tak boleh tidur.
Jadi, aku 'bilas' dengan buku-buka yang banyak muhasabah, mendidik jiwa.

Selingan: Kat mana nak cari bahagia ea? Kat kedai ada tak?
Ok, back to the topic.
Aku banyak berfikir, dan kadang-kadang suka hati je keluarkan hipothesis sendiri.
Tak bagus jugak tu,
Tapi dia terjadi macam tu. Nak buat macam mana?

Bila berborak dengan Dina (student coms), dia cerita la,
sem lepas dia ambil kelas falsafah, macam tu lah kat UIA Gombak.

Aku tanyalah,
falsafah tu macam mana sebenarnya? (Maaf, aku jahil sikit. Tak tahu buat cara tak tahu, kan?)

Katanya, falsafah ni teori-teori yang banyak dikeluarkan oleh orang yang berfikir. Dan teori, kita tak tahu mana satu yang betul.

Aku pun terfikir, jadi yang selama ni aku berfalsafah lah ye?
Bahaya juga.
Sebab aku tak suka falsafah!
Apatah lagi teori quantum-quantum.

Kita lemas dalam terlalu banyak sangat andaian yang tak pasti.
Sesungguhnya manusia ni fitrahnya, kita nak pegang sesuatu dengan yakin.

Jadi, dua tiga hari ni,
aku berhenti sekejap dari buat kerja macam tu.

(Kerja yang dimaksudkan adalah, suka perhati, berfikir, dan keluarkan 'hipothesis' atau 'equation')
Aku nak berlepas diri dari perkara yang banyak mengganggu jiwa dan perasaan.

=============
Sebut pasal mengganggu jiwa dan perasaan.
Aku stress juga fikir benda yang tak pasti ni.
Kadang-kadang baik lupakan saja.
Aku nak lupa, tapi.........

Ruqaiyah, benda kecil jangan jadikan besar.
Kadang-kadang rasa, elok jadi 'katak yang pekak'.

Pernah dengar kisah 'katak yang pekak'?

p/s: Ruqaiyah, bila ni nak letak dalil dalam penulisan ni?
Ya Allah T_T...
Nangis, nampak sangat teruknya.
Tak hafal apa-apa dalil pun.
Macam mana ni?
Kata nak jadi mad'u.

Allah.....Allahurabbi.



بسم الله الرحمن الزحيم

Antara kegunaan hati, kita gunakan untuk beribadah, dekatkan diri kepada-Nya.
Beribadah, terasa manisnya.
Rasa dekat pada-Nya.

Hati terlalu berharga untuk letak perkara-perkara yang menyakitkan.

Orang sakitkan hati, aku malas nak ingat.
Orang mengata, aku pedulikan.
Ada perkara duka, dan menjadi sejarah hitam, aku tak mahu ingat.

Hidup ini terlalu singkat.
Aku suka hidup begini, ingat yang baik-baik saja, ingat yang bahagia saja.
Andai aku rasa nak marah, atau kadang-kadang banyak perkara menyedihkan dalam hidup,
sejak dari kecil, tapi aku taknak ingat.
Takut aku kufur nikmat dan tak bersyukur.
Aku memilih untuk lupakan.
Aku memilih untuk ingat yang baik-baik saja.

Kalau nak ingat dan fikir apa yang aku rasa,
mungkin hari-hari dah berendam air mata,
hari-hari tak mampu senyum.

Tapi, kenapa aku nak ingat yang 1-2 peristiwa pahit,
sedangkan ada lagi 1000 peristiwa manis.

Aku tak mahu ingat.
Dan aku buat keputusan, aku mahu teruskan hidup begini.
Fikir yang bahagia-bahagia sahaja,
Pedulikan semua perkara yang tak bawa manfaat,
Banyakkan senyum dan buat orang gembira & bahagia,
sebarkan bahagia.
Kita Boleh!

Indahnya hidup yang terus positive.
Keluarkanlah, dan jauhkan diri dari lingkungan negatif.



بسم الله الرحمن الزحيم

Mereka kata trend yang berulang dalam dunia penulisan.
Ya, aku setuju.
Dan tadi baca tentang Televangelist di blog Ust Hasrizal.



Marketer dari orang bisnes memang kena fikir benda ni.
Trend!
Tapi, dari sudut dakwah, ianya seakan hipokrit, bak kata ustaz dalam penulisannya.

Kadang-kadang, kita penat bagaimana nak 'menyeru' lagi mad'u ini.
Kita gunakan cara creative, hingga akhirnya orang mengikut kita, bukan lagi dakwah.

Fikir balik, macam mana Rasulullah buat?

Ajak semula manusia ingat pada Allah.
Bina, atau ayat lain, PASAKKAN iman (asas) dalam hati manusia.

So, aku berfikir, penulis macam mana aku nak jadi?
- aku mention siap-siap, tak baca pendahuluan, rugi! Atau cari jawapan di pendahuluan.
- di pendahuluan, aku ingatkan semula betulkan niat. Dan lain-lain.
- Mungkin sebenarnya kita ni kena pupukkan minat membaca dalam masyarakat. Ni antara tugas aku.

Susah jugak sebenarnya, aku ni.
Kadang-kadang benci dengan diri sendiri, bila aku ada banyak kerja sampai tak boleh membaca.

Setiap kali aku membaca, aku niat nak tambah ilmu aku,
dan dalam masa yang sama, nak MENGGALAKKAN orang lain membaca.

Aku tak heran kalau orang nak kritik,

"setakat baca, pastu post beberapa petikan, menjadikan kita pembaca yang mandul!"

Aku: Kalau nak mencapai ke arah membaca pun susah, tak payahlah cakap pasal mandul ke, kritis ke, apa ke. 

Ni masyarakat kita ni, apa nak jadi?
Ada korea, ikut korea.
Ada gelombah Matluthfi la, AmranFans la, Maharaja Lawak la.

Hmm, aku tak tahu lah nak cakap apa.
Sebab aku jenis bukan fanatik pada mereka yang sentap-sentap ni.

Bagus dah tu, cuma menjadi sebagai AKU, dirinya yang bernama Ruqaiyah,
aku cari ilmu yang asas.
Penulisan yang boleh hurai ilmu asas, sampai aku boleh faham dalam kehidupan.

Sama macam equation (maaf, sebab saya orang fizik), cukup kita tahu equation, dan bagaimana ia berfungi. Jadi, kita boleh huraikan 100 situasi dengan hanya 1 equation.

Cari yang asas tu dulu, untuk menghadapi 100 perkara lagi.



بسم الله الرحمن الزحيم

Merenung ke luar pintu. Sambil tangan bekerja, otak ligat berfikir.



Kita ini. Kata ke orang, rupa-rupanya kata ke diri sendiri pula.

Kita kata orang suka berprasangka, rupanya kita yang berprasangka.
Orang kata ke kita prasangka, dia rupanya yang berprasangka.

Sebab itulah berhati-hati dengan kata-kata.
Kita sering diuji dengan kata-kata kita.
Tapi, takkan sebab takut diuji, kita menjadi tak berkata-kata.
Teruskanlah, sekurang-kurangnya jika kita ada silap,
insya Allah ada yang akan betulkan.

Sekurang-kurangnya,
dalam misi aku hendak menulis sesuatu tentang psikologi jual beli,
Allah sedang ajar aku sesuatu.

Psikologi,
bukannya kita pandang orang tu, terus dapat jawapan dan ilham.
Orang pandang kita, terus dapat jawapan dan ilham.
Perkara paling penting, adalah soalan.
Bertanyalah selagi mana mampu bertanya.

Banyak lagi nak tulis, tapi tak larat & tak terdaya rasa.
Insya Allah. May Allah bless us.


Terima kasih Allah atas kasih sayang-Mu yang tak bertepi.
Sekurang-kurangnya Kau tak menghukum aku atas perkara yang aku tak buat, tak menguji aku dengan apa yang aku tak mampu.
Setiap yang kau takdirkan berlaku, tak lekang teguran kasih sayangmu,
masih menyokong aku meneruskan.
Lalu, perlukah lagi aku pada yang selain-Nya?

**Deep crying**