Buku macam mana aku nak menulis?
Aku mahu menulis buku yang ajak manusia berfikir.
Dan sedar, cabarannya sama seperti cabaran berceramah atau memberikan sepatah dua kata.
Cabaran untuk 'validate' setiap patah perkataan yang kita katakan tadi.
Dan sebenarnya apa yang tertulis di sini, lebih 'gerila', atau 'pure' dari otak, atau 'core'. Dan perlu melalui proses 'refined' supaya mudah dihadam oleh manusia.
Ya, aku akan usaha, aku akan buat.
Semalam, bercerita tentang Ust Hasrizal dengan Umi, katanya tidak bersetuju dengan ustaz kerana cadangan membina parti baru. Jangan terlalu mudah menghukum, walau sesiapa. Lebih-lebih lagi icon yang memang saya ikuti. Saya meneliti semula kata-kata beliau, dan berfikir apa sebenarnya yang ustaz maksudkan? Saya membaca semula blog beliau bersama projek buku terbaru; Setia dengan Kebenaran.
Dalam masa yang sama, kagum dengan disiplin sebagai penulis. Ya, saya juga mahu menulis buku. Walau tak tahu lagi apa bukunya. Semoga Allah permudahkan. Dan saya cuba jadikan medan ini sebagai wasilah melontarkan idea dan menyusun semula agar mudah dihadam di otak.
0 comments:
Post a Comment
Ada komen, cadangan dan penambahbaikan?