Ruqaiyah Yusof

Showing posts with label Bookmark. Show all posts
Showing posts with label Bookmark. Show all posts
بسم الله الرحمن الزحيم



Teringat sekali tu, balik ke Nilai, tunggu bas mini.
Tungu punya tunggu, ada orang lain yang tunggu aku.

Sorang wanita, tiba-tiba datang, tanya "ada duit RM10 tak?"
Aku dah pernah dah alami dengan Aisyah Ishak, di MINES, tiba-tiba orang datang pinjam duit, cakap purse tertinggal, anaknya tengah menangis tunggu kat rumah. Kemudian dia pergi ke orang lain pula. Dan ianya nampak macam sindiket, seolah-olah skrip yang lebih kurang diulang.

Jadi, berbalik pada kisah di stesen bas Nilai, saya bukan sayang sangat RM10 tu, tapi kata-katanya tu was-was. Mula-mula selamba aje dia tanya, sekarang pukul berapa?
Sambil mata melilau apa yang saya nak keluarkan dari poket. Saya sorokkan sedikit handphone, bimbang juga tiba-tiba dirampasnya. Bila dia nak pinjam RM10, katanya, nanti dia pulangkan.
Saya tanya, pulangkan macam mana? Tiba-tiba dia naik angin, marah. Katanya, ada lah. Nanti dia bank in lah, itulah, ini lah.

Mungkin sebab saya banyak bertanya, last-last dia maki saya kuat-kuat dikhalayak ramai, dengan kata-kata kesat. Dan paling saya ingat, katanya, 'aku bukan taktau, orang macam kau, pakai tudung je, tapi....(tak sanggup nak tulis).

Ada lah, dalam setengah jam dia berdiri di tepi sambil keluar kata-kata kesat, saya duduk menunggu bas. Sampai semua orang disekeliling pandang kami berdua, tapi aku buat tak tahu. Mungkin sebab aku buat tak tahu tu, dia lagi naik hangin. Aku cakap pada diri sendiri, Sabar. Allah tengah nak menguji aku. Sabar, mungkin ni teguran Allah didatangkan dari orang lain untuk betulkan aku.
Sampai sekarang saya tertanya-tanya. Adakah saya yang salah tak bagi pinjam RM10, itu balasan saya dapat? Atau sebenarnya Allah nak menguji aku? Tak siapa tahu hikmah sebenarnya Dia nak bagi.

Dan setiap kali nampak orang buat silap,
kadang-kadang aku tanya diri sendiri.
Allah nak tegur aku ke?

Sebelum nak fikirkan orang lain yang bukan-bukan,
aku terfikir dulu, macam mana kalau aku berada di tempat dia, dan terjadi seperti dia. Aku masih nak kata macam tu ke pada diri aku sendiri?
-Something to muhasabah-
-Rasa agak pahit jugaklah untuk diingat-


بسم الله الرحمن الزحيم

3 May 2015



Takziah buat Umairah Abd Rahman.
Banyak berita perkahwinan, banyak juga berita kematian mengejut.
Mati tu bila-bila, beruntung yang sudah bersedia.
Cuba bayangkan kita pergi ke langkawi, atau cameron, atau mana-mana, tapi tak bawa bekalan baju, atau apa-apa bekalan utk persiapan. Begitu juga mati mengejut ni. Kalau bersedia dari sekarang, alhamdulillah.
Terima kasih ya Allah atas peringatan berharga ni.



بسم الله الرحمن الزحيم



Nak pengsan baca perkongsian mangsa-mangsa pedophilia di page Wardina Safiyyah OfficialPage cry emoticon
Nak share pun tak sanggup, korang pergi baca sendiri.
.
.
Barahnya masyarakat.
Itu mungkin baru sikit yang diceritakan.
Minta perlindungan dari Allah banyak-banyak.
.
Mungkin kena haramkan tv kat rumah? I dunno. Why must we buy something that can harm our family? Kita tak boleh nak control content dalam tv.
Kalau kata 'dajal', karang ada yang marah pula.
Must think something how to educate our children, without tv, and what we can replace?
.
.
Seriously, lemah semangat membaca. Rasa nak keluar rumah pun takut. Thanks to my parents, banyak jasa diorang jaga sejak kecil. Nak pergi hangout dengan kawan pun susah. Mungkin dengarnya macam tak sporting. Tapi, diorang betul-betul sayang dan jaga.
.
.
Jadi, kalau kita dah besar, taknak jaga diri sendiri, mudah-mudah je serah. Tak tahulah nak cakap apa. Tolong tampar muka sendiri.
.
.
P/s: tv sekarang ada USB, sangat bagus dah tu. We can choose the content. Anak-anak sedara saya pasang upin ipin, abc, mari mengeja, ا ب ت, hampir setiap kali buka tv (sampai rasa dah boleh hafal skrip dalam usb tu). Alhamdulillah, ada yg umur 3 tahun dah nak pandai membaca. Macam ni patut gunakan tv.
.
.
Cuma, nak animasi islamic tu. Atau earlychild education content. Itu kena develop lagi kat malaysia. Setiap kali abah tengok upin ipin, abah selalu tanya, bila siti (saya lah tu) nak buat animasi. cry emoticon Berangan je boleh. Buatnya taktau bila.
.
.



بسم الله الرحمن الزحيم



Alhamdulillah, tq Fatimah Azzahidah Hmy.
Tudung dari Jillulmuslimah dah terima.

Kalau nak cari tudung koshibo atau yang patuh syar'ie sikit, boleh tengok di page tu.
Tau, yang muda-muda ni nak cari yg vogue, striking, cantik.
Tapi rasa lagi selesa pakai yang macam ni.
Nak kata jiwa dah tua, tak juga.


Tapi tak renyah.
Orang lain sibuk nak membelek-belek pakai keronsang, betulkan awning,
tapi tudung ni asalkan gosok betul, sarung saja.

Cerita pasal tudung, dulu pernah la kononnya nak jadi ajen tudung.
Tapi diri sendiri pakai pun tak lepas piawaian patuh syariah,
apatah lagi nak jual ke orang lain.
Terasa bersalah.

Sakit hati kadang-kadang cari tudung ni.
Macam tak wujud je pengguna bidang 60 atau tudung saiz 2xl ke atas
(lebih labuh berbanding biasa).
Ada yang 2xl, tapi kat tepi lengan singkat semacam.

Itu yg masih setia beli tudung dari jillulmuslimah.
Tak payah soal banyak.

Ada juga impian, nak buka bisnes pakaian yang patuh syar'ie.
I dont care target market kecil ke, permintaan tak tinggi ke.
Nak membela sikit nasib pengguna-pengguna tudung labuh.
Tapi kakak saya dah buat.
Harapnya saya dapat jadi penyuntik modal suatu hari nanti,
bantu bisnes dia moga berkembang.
Sampai dah boleh keluar tudung sendiri, jenama sendiri, dan trend sendiri.

Banyak betul nak buat dalam hidup ni. Hmmm.


بسم الله الرحمن الزحيم

Ini contoh coding yang aku tak reti. :'(


Kalau kita tinggal je, kerja terus siap, best juga.
Inilah gunanya coding dalam programming, banyak menggantikan kerja manusia.
Tapi, masalah bila idea ada, coding takde.
Ini yang rasa nak sambung belajar software engineering ni.
Agak-agak kalau influence bahasa programming, saya masih boleh bercakap bahasa manusia dengan baik tak?
Btw, just make it simplest sebagai permulaan langkah.
Then slowly upgrade & improve.
Dan yang penting sistematik. Sistem tu penting

Ini tulis status Fb, asalnya kisah nak buat invoice yang auto-generate. Tapi, tengok pun dah pening. Nak boleh ke faham, tak tahulah berapa tahun baru boleh faham.
And at the last, pakai invoice excel biasa saja. Upload di drive, boleh edit disitu, bagus juga.




بسم الله الرحمن الزحيم



So, later, secara serius.
Saya akan mendirikan rumah tangga. Insya Allah.
Berfikir secara serius.
Tak tahu lagi bagaimana keputusan.
Masih istikharah.
Lega, satu amanah & tanggungjawab dah rasa lega.
At least my business partner boleh faham, kalau akhirnya saya tak dapat teruskan.

Dan bakal ni,
tak tahu lagi dia akan izinkan saya berbisnes atau tak.
Agak hilarious juga.
Kadang-kadang, aku tak tahu antara impian aku,
dengan orang yang soleh, mana perlu aku pilih.

Adakah aku kena bertegas, kalau boleh terima saya berbisnes baru proceed.
Kalau tak terima, cari lain.

Atau, sebab yang soleh susah di cari,
jadi aku kena tinggalkan impian dan cita-cita aku.

Ya Allah, tenangnya wajah dia.
Al-Hafiz pula tu. Nak bandingkan dengan diri aku, rasa rendah diri.
Macam tak layak je.
Dan aku selalu bertanya, macam mana ini akan berakhir?

Dan sebenarnya ada dua orang yang dicadangkan kepada aku.
Kedua-duanya orang terengganu.

Pilihan yang Allah beri,
adalah latar belakang mereka.
Dan perkara wajib, kena belajar budaya terengganu.

Dan bila terfikir, sebelum ni ada lecturer cadangkan untuk sambung master by research di UMT.
Adakah ni pilihan yang Allah nak beri?
Kahwin dengan orang sana, dan sambung master di sana.

Ya, semasa proses taaruf ni aku kena bentangkan plan perjalanan hidup aku.
Boleh bertoleransi tak?
Kadang-kadang kita belum tahu, yang ini menjadi atau tak.

Itulah gunanya istikharah.
Dan Alhamdulillah, harini Allah berikan jawapan direct pada istikharah aku.
Ya, aku berpuas hati dengan jawapan tu.
Sekurang-kurangnya aku tak rasa bersalah lagi dalam membuat keputusan.
Alhamdulillah.

Dah tiba masanya aku serius mencari calon hidup, sehidup semati, hingga ke syurga,
dalam mencari redha-Nya.
Syurga yang bakal aku berbakti, membantunya dalam meneruskan perjuangan. Dan bersama-sama meneruskan perjuangan.
Perkenankanlah ya Allah.






بسم الله الرحمن الزحيم

Seronok PBAKL 15 kali ni.
Alhamdulillah, lambat sikit update pasal PBAKL ni, bukan apa.
Sabtu ahad, busy sikit, pergi kursus kahwin.
Jumaat pergi PBAKL,
Khamis dgn Rabu malam pergi UKM,
berderet-deret.

Ini pun housemate ajak pergi kat tempat kanak-kanak autism,
tapi rasa berderet-deret tiap hari berjalan.
Memang bagus untuk kurus, tapi kena siapkan kerja. huhu.

==================
Hari Ahad.

Ada kisah disebalik kejadian ni.
Semuanya perancangan Allah yang sebaik-baik merancang.
Tak plan pun nak jumpa kakak kat PWTC ni.
Turun bas, memang sebelah station je dengan PWTC.

Masa tu, baru turun bas, solat zohor.
Lepas solat, berdoa siap-siap.

"Ya Allah, aku dah dekat ni. Teringin sangat nak pergi. Tapi takde siapa nak teman atau jumpa kat sana. Ya Allah, kalau ada orang nak pergi sekali ke pwtc, memang aku akan pergi. Izinkanlah aku."
Pergi lipat telekung. Bersiap-siap nak keluar surau. Baca mesej.

"Siti, kita orang kat pesta buku ni. Nak mai?"

Ya Allah! Pucuk dicita, ulam mendatang. Orang mengantuk disorongkan bantal. (Ok, peribahasa apa lagi nak guna? huhu) Gembira tak terkata.
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Kebetulan, masa bas saya sampai tu, masa kakak mesej, diorang baru sampai.
Perancangan Allah lagi hebat. :'( Allah jualah sebaik-baik perancang.

Rupa-rupanya, masa balik tu, kakak buka cerita.
Sebenarnya kakak dah lama teringin nak pergi pesta buku. Ajak abang bad.
Tapi abang bad kata, "nak pergi dengan bawak Aini ni? (Sebab aini agak 'ringan'. Memang sakit tulang belulang kalau dukung lama sikit.)"

Kakak pun diam.
Tiba-tiba, hari Ahad tu, masa saya naik bas tu, Abang Bad tiba-tiba ajak kakak pergi pesta buku.
Terkejut jugaklah kakak, tak siap apa-apa lagi.
Alhamdulillah, sampai juga mereka ke sana.

Masa dah nak sampai PWTC, abang bad suruh kakak mesej saya. Ajak je, kalau-kalau siti nak pergi. Rupanya Allah dah gerakkan hati abang bad dan kakak untuk semuanya.

(Selingan: banyak kali berdoa supaya Allah gerakkan hati 'dia'. Insya Allah, mungkin kena tambah usaha je lagi sikit. hihi)

Hebatkan perancangan Allah?
Subhanallah. Alhamdulillah.

Dah siap round. Tapi tak berapa best, sebab kakak asik risau ke anak dia. Huhu. Tak tenang nak tengok buku.


Inilah Nur Aini Izzati. Comel kan? 
Ok, ini kerja poyo. Takde keje selfie tengah lautan orang ramai. haha, pastu malu sendiri.
Tengok tu, mak orang tengah cari buku untuk anak dia. Haha, dulu cari buku untuk bujang-bujang. Lain genre nya. 
Takde kerja, welfie sambil mak budak tu tengah cari buku. Haha

Ini lah abang bad dengan kakak.
Dalam train. Otw balik. 
=======
Kisah 2 (Jumaat)
Masa ni pergi dengan kakde dan abangde pula. 
Kisah dia, saya dah coretkan di FB.

Ini linknya. 

Kakde, abg de, hakimi & hafizi.
Dan terjumpa buku ni. Dan tergerak untuk beli, dan teringat ke someone.
Ini buku untuk afif, tapi terbawa balik pulak.
===============
Kisah 3 (Sabtu).

Ok, ini kisah orang lain pula. Diceritakan semula oleh saya.
Masa tu angah ajak afif pergi pesta buku, dalam whatsapp.
Kecoh jugaklah pagi sabtu tu, dia ajak umi dengan afif.

Alhamdulillah, dalam pukul 3 tu selamat sampai ke pesta buku. 
Angah bawa anaknya, Kakyong (Darjah 5) & Kakngah (Darjah 4) saja. 
Lagi 4 orang hero-hero tu kena tinggal. 

Ok, ini kelakar sebab Mak cakap, abang ahmad (Darjah 3) yang tak pernah-pernah menangis pun, menangis kena tinggal. Haha. Kat bawah nanti ada gambar hero berempat tu.

Alhamdulillah, pukul 9 malam, diorang terus naik bas balik rumah. Sampai lebih kurang dalam pukul 12 malam. Cekal kan? Pergi balik hari je. Macam kuantan tu sebelah KL je, haha. Sebab abang ngah tengah berniaga, tak dapat pergi sama. Anak-anak dah besar, dah boleh tinggal. Mujurlah.

Dari kiri, kakyong, kakngah, afif.

Dengan angah.
Pantang jumpa buku. Terus tunduk, tak angkat-angkat kepala. haha

Inilah 4 hero tu. Haha. Ayah dia post gambar ni. Eh, tak menangis pulak. Paling besar tu lah abang ahmad, mulut banyak jugak dia ni. haha. Paling kiri, abang ode (tadika 6 tahun), sebelahnya, baju oren tu Arif. Dan yang bongsu, paling kanan. Lutfi namanya.
Pok Afif, seronok naik LRT.

Angah 3 beranak.

Ok, ni memang menarik. Diorang solat jumaat sampai ke mesin ATM ni. Betapa ramainya umat Nabi Muhammad yang bernama lelaki ni rupanya. Ini tengah beratur nak cucuk duit ni.
Ok, tu aje kenangan manis dan memori yang saya nak simpan. Sesuatu yang indah untuk dikenang-kenangkan. Alhamdulillah, syukur ya Allah. Terima kasih, aku masih memiliki mereka. Semuanya sementara.


بسم الله الرحمن الزحيم

Sambung kisah aku bertemu dengan sahabat-sahabat semalam.

Lol! Takde kaitan pun gambar dengan cerita. Tapi 2 orang dalam ni tak datang.

Diaorang ni ramai bakal kaunselor.
Seronok berborak dengan diorang ni.
Siap boleh bagi kaunseling kerjaya lagi. -_-"

Sorang tu jenis cakap laju, tapi susah betul nak keluar main point.
Sorang lagi tu, lambat tapi teratur.
Macam-macam kerenah ada. Haha.

Then, aku nak test keluarkan satu hipotesis untuk tahu valid ke tak.

Aku cakap,

"Saya perhatikan, ada 2 jenis orang. Sorang ni jenis banyak berfikir, selalunya dia bercakap laju. Tapi dia lambat buat kerja, atau malas. Sorang lagi dia jenis tak yang rajin buat kerja. Dia tak se-aktif bercakap macam orang jenis pertama."
Perbincangan No 1 (panel; kak zu):

" Yeke? Akak tak pun (walaupun akak bercakap laju, LOL!). Ada masa akak banyak berfikir, cakap laju, tapi akak malas rasa nak buat kerja. Kemudian bila akak buat kerja, akak akan diam."

Penyokong perbincangan No 1 (panel; kak nad):

"Betul, akak pun macam kak zu."

Status perbincangan (kedudukan hipothesis):

Aku; "Owh, yeke. Jadi mungkin manusia ni, mungkin boleh jadi dua-dua." So, kak zu dengan yakinnya cakap, "Jadi hipothesis awak tak diterima, atau tertolak. " Haha, laju je kak zu ni.
Semakin aku berfikir dalam, boleh jadi manusia ni, cenderung pada nombor atau cenderung pada huruf. Tak apa, teruskan pencarian. Cuma satu je konklusi aku.
Budak sains ni, yang jenis math atau fizik, atau chems, tak boleh buang atau hilang 'jati diri' dia tu. Contohnya cakap laju. Haha. Kak zu, cakap laju, dan berlatarbelakangkan Degree Chemistry.

Dan banyak kak zu share semalam.
Contohnya, manusia ni, pembahagiannya, S= Sosial, R=Realistik, K=Konvensional.

Katanya, aku ni jenis realistik. Macam kerja-kerja dalam lab, gitu. Haha. Apa kaitan, tak tahu.
Aku suka je kerja-kerja kajian ni, tapi kalau setakat duduk dalam lab, ikut arahan, bagi arahan buat eksperimen, maunya lemau kepala!

Kata kak zu lagi, orang sosial, dia banyak bergaul, peramah, macam ahli politik gitu.
Erm, itu aje sempat kak zu share. Rasa nak tahu lebih lagi.

Dan masa otw balik, aku ni kan banyak sangat tanya pasal psikologi.
Iyalah, teruja.

Kak zu cadangkan ambik Kaunseling.

Saya kata, "Akak, saya ni minat aje nak tahu. Tapi saya tak bercadang nak ambil Kaunseling.
Saya nak ambil software engineering (atau berkaitan dengannya).
Sebab saya nak bagi sumbangan di bahagian tu.
Kalau semua orang nak ambil Kaunseling, siapa yang nak pergi ke bidang teknologi ni?
Tak ramai orang boleh pergi ke bidang programming ni.
Sebab tu, bila saya rasa saya boleh pergi, saya nak teruskan."
Inilah antara isi subjeknya. Teruja kan?

Masih buat pertimbangan.

Sebenarnya masih dilema, nak sambung kerja dulu setahun, kemudian sambung master, atau terus ambil master. Kena berbincang lagi dengan family.
Dan bisnes pula, macam mana?
Sudahlah, pegang amanah orang pula. Berat tu rasa, especially kalau kita pegang sorang.
Itu yang rasa kena bina team cepat-cepat.

Ya, impian saya masih.....
Nak mendigitalkan banyak benda.
Di zaman informasi, pembangunan digital yang makin pesat.

Kak nurul kata, ambil je dulu coursework.
Especially kalau kita masih baru dalam bidang ni.
Terfikir, sejauh mana aku boleh pergi?
Aku tak tahu kalau tak mencuba.

Masihkah aku jadi sang pemikir kalau ambil coursework?
Kalau tanya pendapat orang lain, entahlah.
Lain orang, sebenarnya lain penerimaan dia terhadap kesukaran thesis ni.

Dan inilah dalam sejarah, aku jumpa orang cakap buat thesis tu best.
Ok, berpeluh. Huh!

p/s: Suka berborak dengan orang banyak ilmu dan banyak berfikir ni. Saya akan rindukan kalian suatu hari nanti. T_T. Moga kita bertemu lagi dalam rahmat-Nya dan penuh mahabbah.



بسم الله الرحمن الزحيم

Seronok...

Seronok sangat.
Bermusafir, dengan sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah.
Saya baru berjumpa 1-2 kali, tapi kami rapat macam dah lama kenal.
Memanglah, taaruf pun tak habis lagi.

Gambar koleksi buku kak wani.

Gambar koleksi buku kak wani.

Gambar koleksi buku kak wani.
Kalau perasan, dua tiga hari ni, status aku 'pelik-pelik', macam orang tak betul pun ada.
Itu tanda bila aku banyak berfikir, macam tu lah jadi.
Macam nak pecah kepala.
Kadang-kadang, kalau kena berfikir lewat malam, sampai tak boleh tidur.
Jadi, aku 'bilas' dengan buku-buka yang banyak muhasabah, mendidik jiwa.

Selingan: Kat mana nak cari bahagia ea? Kat kedai ada tak?
Ok, back to the topic.
Aku banyak berfikir, dan kadang-kadang suka hati je keluarkan hipothesis sendiri.
Tak bagus jugak tu,
Tapi dia terjadi macam tu. Nak buat macam mana?

Bila berborak dengan Dina (student coms), dia cerita la,
sem lepas dia ambil kelas falsafah, macam tu lah kat UIA Gombak.

Aku tanyalah,
falsafah tu macam mana sebenarnya? (Maaf, aku jahil sikit. Tak tahu buat cara tak tahu, kan?)

Katanya, falsafah ni teori-teori yang banyak dikeluarkan oleh orang yang berfikir. Dan teori, kita tak tahu mana satu yang betul.

Aku pun terfikir, jadi yang selama ni aku berfalsafah lah ye?
Bahaya juga.
Sebab aku tak suka falsafah!
Apatah lagi teori quantum-quantum.

Kita lemas dalam terlalu banyak sangat andaian yang tak pasti.
Sesungguhnya manusia ni fitrahnya, kita nak pegang sesuatu dengan yakin.

Jadi, dua tiga hari ni,
aku berhenti sekejap dari buat kerja macam tu.

(Kerja yang dimaksudkan adalah, suka perhati, berfikir, dan keluarkan 'hipothesis' atau 'equation')
Aku nak berlepas diri dari perkara yang banyak mengganggu jiwa dan perasaan.

=============
Sebut pasal mengganggu jiwa dan perasaan.
Aku stress juga fikir benda yang tak pasti ni.
Kadang-kadang baik lupakan saja.
Aku nak lupa, tapi.........

Ruqaiyah, benda kecil jangan jadikan besar.
Kadang-kadang rasa, elok jadi 'katak yang pekak'.

Pernah dengar kisah 'katak yang pekak'?

p/s: Ruqaiyah, bila ni nak letak dalil dalam penulisan ni?
Ya Allah T_T...
Nangis, nampak sangat teruknya.
Tak hafal apa-apa dalil pun.
Macam mana ni?
Kata nak jadi mad'u.

Allah.....Allahurabbi.



بسم الله الرحمن الزحيم

Mereka kata trend yang berulang dalam dunia penulisan.
Ya, aku setuju.
Dan tadi baca tentang Televangelist di blog Ust Hasrizal.



Marketer dari orang bisnes memang kena fikir benda ni.
Trend!
Tapi, dari sudut dakwah, ianya seakan hipokrit, bak kata ustaz dalam penulisannya.

Kadang-kadang, kita penat bagaimana nak 'menyeru' lagi mad'u ini.
Kita gunakan cara creative, hingga akhirnya orang mengikut kita, bukan lagi dakwah.

Fikir balik, macam mana Rasulullah buat?

Ajak semula manusia ingat pada Allah.
Bina, atau ayat lain, PASAKKAN iman (asas) dalam hati manusia.

So, aku berfikir, penulis macam mana aku nak jadi?
- aku mention siap-siap, tak baca pendahuluan, rugi! Atau cari jawapan di pendahuluan.
- di pendahuluan, aku ingatkan semula betulkan niat. Dan lain-lain.
- Mungkin sebenarnya kita ni kena pupukkan minat membaca dalam masyarakat. Ni antara tugas aku.

Susah jugak sebenarnya, aku ni.
Kadang-kadang benci dengan diri sendiri, bila aku ada banyak kerja sampai tak boleh membaca.

Setiap kali aku membaca, aku niat nak tambah ilmu aku,
dan dalam masa yang sama, nak MENGGALAKKAN orang lain membaca.

Aku tak heran kalau orang nak kritik,

"setakat baca, pastu post beberapa petikan, menjadikan kita pembaca yang mandul!"

Aku: Kalau nak mencapai ke arah membaca pun susah, tak payahlah cakap pasal mandul ke, kritis ke, apa ke. 

Ni masyarakat kita ni, apa nak jadi?
Ada korea, ikut korea.
Ada gelombah Matluthfi la, AmranFans la, Maharaja Lawak la.

Hmm, aku tak tahu lah nak cakap apa.
Sebab aku jenis bukan fanatik pada mereka yang sentap-sentap ni.

Bagus dah tu, cuma menjadi sebagai AKU, dirinya yang bernama Ruqaiyah,
aku cari ilmu yang asas.
Penulisan yang boleh hurai ilmu asas, sampai aku boleh faham dalam kehidupan.

Sama macam equation (maaf, sebab saya orang fizik), cukup kita tahu equation, dan bagaimana ia berfungi. Jadi, kita boleh huraikan 100 situasi dengan hanya 1 equation.

Cari yang asas tu dulu, untuk menghadapi 100 perkara lagi.



بسم الله الرحمن الزحيم

Artikel ini adalah artikel 'peram'. Segala tarikh dan masa adalah sesuatu yang berlaku beberapa tahun lepas.

Tangan di atas papan kekunci, ilham & ingatan bekerja keras untuk 'restored' semula.

Sesuatu yang selalu bermain di fikiran aku, kenapa aku nak pakai tudung labuh.

Berhutang satu soalan dengan sorang adik junior SMKAP semasa menjadi fasi kem motivasi tahun lepas. Adik tu tanya,
"Akak, saya nak tanya. Macam mana akak boleh istiqamah pakai tudung labuh?"

Sahabat disebekah saya tu lah yang banyak jasanya dalam hidup saya. Semoga Allah kurniakan barakah dalam hidupnya. Dialah cikgu, dialah murabbiah, dialah 'kakak', dialah classmate. Nak jadi mak orang dah dia. 


Aku terkedu sebenarnya, apa jawapan terbaik yang patut aku bagi. Sebab semasa tu mungkin belum tahap istiqamah, sebab aku baru memulakan selepas dah lama pakai tudung bawal. Mungkin dasarnya nampak macam tak jadi satu masalah besar, kerana tak kisah pakai tudung apa pun, asalnya menutup aurat. Itu bukan 'skema jawapan' kenapa pelbagai tudung wujud. Ianya tidak adil, kerana tiada siapa pun mahu bertanya pada si pemakai tudung labuh, apa pula 'skema jawapan' kenapa mereka terus memakainya.

Ketika itu, apa yang ada difikiran aku Cuma "aku nak pakai tudung labuh." noktah. Sebab apa, aku pun tak pasti. Antaranya rasa tenang. Ada pula bakal mempersoalkan, pakai tudung bawal tak tenang ke?
Jawapan saya mudah, "rasa dulu, baru kamu tahu."

Mungkin ada pula yang nak merasainya, tak istiqamah sebab malu, labuh sangat. Potongan tak cantik, design tak cantik, dan macam-macam. Saya tak bercakap kosong, sebab saya pernah mencubanya ketika asasi dulu, walaupun roommate sudah bertudung labuh. Malu kerana belum cukup yakin. Bila tak yakin, kita akan salahkan persekitaran yang tak menerima, contohnya bila ke mana-mana orang pandang dengan perasaan janggal, bila ke mana-mana orang takut nak tegur kita. Bukan, salah.

Sebenarnya kita yang membina persepsi macam tu, sebab apa orang takut nak tegur kita? Kerana kita takut 'orang takut nak tegur kita', lalu kita menjadi tak ramah, bermuka masam, tak friendly. Kenapa orang pandang-pandang kita? Kerana kita terlebih dahulu tidak yakin dengan diri sendiri, kita asik melihat-lihat tudung, melihat-lihat diri di cermin, membuatkan orang cenderung melihat apa yang kita lihatkan terlalu kerap.
Ya, kita sendiri yang mencetuskannya.

Berhadapan dengan masyarakat.

Saya pernah mengenali seseorang yang istiqamah bertudung labuh sejak sekolah, sampai kerja, dan sampai sekarang. Sebelum mengenalinya, susah hendak melihat dia senyum, apatah lagi mempunyai keberanian untuk menegur. Selepas mengenalinya, bukan main mesra. Saya pernah berkata,

"ingatkan ukhti ni dulu garang, muka pun susah nak senyum." balasnya, dia memang tak senyum pada sembarangan orang."

Apa yang saya mahu tekankan di sini, bukannya kita perlu senyum pada semua orang. Apabila berhadapan dengan masyarakat, sebenarnya senyum itu penawar kepada persepsi yang bakal masyarakat bina pada kita. Saya senyum pada lelaki? Ya, saya senyum. Saya tegur. Saya bekerja dengan masyarakat yang background nya bukanlah terlalu islamist.

Hari pertama dan kedua, setiap manager yang sudah mengenali saya, dan saya perlu bekerja dengan mereka, saya akan senyum bila terserempak. Bukan kerana saya suka-suka, tapi ketika mula-mula kita berada dalam satu kelompok masyarakat, mereka akan melihat kita terutama apabila terserempak dengan mereka, kerana mereka hendak membina persepsi terhadap kita.

Maka, berikan persepsi yang baik. Senyum, bukan mengorat. Itu simbol, 'saya orang baru dan saya harap encik berikan tunjuk ajar pada saya.'

Selepas seminggu, saya hanya senyum kadang-kadang, dan minggu seterusnya tiada senyum, hanya menegur, kerana mereka tidak lagi memerlukannya, mereka sudah apa persepsi terhadap kita. Ramah dengan pekerja lain, dengan orang atasan, kerana kita perlu bekerjasama dengan mereka.

Saya malu berinteraksi dengan engineer yang tidak biasa. Kebiasaannya sebarang masalah atau perkara yang tidak faham, saya akan bertanya pada Encik Faizul. Apabila dia tiada, saya sudah buntu hendak bertanya pada siapa. Jadi, terpaksa memberanikan diri bertanya pada Encik rahim. Hendak bertanya pun berfikir banyak kali, pergi atau tak. Akhir sekali, saya marah pada diri sendiri,
'pergi je lah. Kalau tak pergi sekarang nanti mula la menyesal. Lagipun kau Cuma nak tanya, nak menuntut ilmu. Asalkan jaga jarak, jaga batas.'

Alhamdulillah, tak rugi bertanya terutamanya pada orang-orang yang hebat.


Saya Pelajar Fizik, dan Saya Bertudung Labuh. Encik ada masalah?

Pernah saya berjalan-jalan dengan seorang Ukhti di Jalan TAR, Masjid Jamek. Kami berdua bertudung labuh. Semasa membeli air, si penjual bertanya kepada ukhti tersebut.
"Adik pelajar mana? Ambik course apa?"
"Pelajar USIM, course Bahasa Arab."

Dia mencebik sambil berkata, "oo.." Seolah-olah membaca riak mukanya, "Alah, patutlah ustazah & bertudung labuh, ambik bahasa arab je," ataupun "Ambik bahasa arab je..." Yang pastinya saya tak suka riak mukanya.

Tidak pula si penjual bertanya kepada saya, apa bidang yang saya ambil, tertunggu juga.
Jadi saya hanya mampu berkata dalam hati,
"Saya ambil fizik, Pak cik ada masalah?"
Tetapi memikirkan ketidaksopanan dan kegelojohan akan terserlah, saya diamkan.

Saya Mahu Menjadi Orang Hebat & Bertudung Labuh!

Saya diberi peluang mengambil master, dan saya mahu kekal bertudung labuh, walaupun di Universiti yang tak sama Biah seperti USIM, pendek kata seperti UM.
Pelajarnya berbilang bangsa, berbilang agama, pelbagai latar belakang. Saya mahu menjadi lecturer, dan mengajar pelajar dalam keadaan bertudung labuh.
Saya mahu menitipkan nasihat & panduan kepada pelajar tentang kehidupan,
yang mana kata-katanya singkat, tapi penuh makna & dalam.

Saya tahu itu mustahil, tapi kewibawaan dalam berkata-kata itu Allah kurniakan. Masuk atau tak ke dalam hati orang, itu Allah yang kurniakan, bergantung pada hati kita sendiri.

Wallahua'lam.


بسم الله الرحمن الزحيم

Copy & paste from FB WP.

Beberapa kejadian yang berlaku di hadapan kami pada sebilangan anak-anak tetamu agak menakutkan. Ada anak yang menjerit-jerit melawan ibubapanya sewaktu bertamu. Ada yang ‘tidak makan saman’. Walaupun ibu bapa sudah menjerkah mereka dengan nada suara yang amat tinggi, anak-anak tetap meneruskan perlakuan yang tidak diingini.

Ada yang membuka pintu-pintu bilik dan kenderaan sesuka hati, ada yang meramas buah yang disajikan, ada yang berlari kesana ke mari depan orang tua, ada yang memanjat kerusi meja dan sebagainya. Kami amat mengerti perasaan ibubapa itu kerana sebahagian kami juga pernah mengalaminya sebelum ini.

Dalam satu kes, ada anak berusia sekitar 6-7 tahun mengherdik bapanya dengan perkataan ‘bapak bodoh’. Apabila ibunya bangkit menengking sepantas kilat terbit kata-kata ‘emak babi’. Bapa saudaranya yang tidak tahan melihat kelakuan itu terus sekuatnya menghempuk kepala budak itu dengan telefon sampai membuatkan kami tercengang. MasyaAllah.. anak itu boleh mati dihentak.

PEDOMAN MENDIDIK ANAK DI AWAL USIA

Melihat kepatuhan ‘kebanyakan’ anak-anak RPWP (belum semuanya), ramai ibubapa bertanya apakah rahsianya sehingga anak-anak pelbagai peringkat umur seramai itu boleh dibentuk akhlaknya. Kami hanya mampu katakan kami cuba ikut apa sahaja pedoman dari alquran dan sunnah.

Antaranya, Alquran mengajarkan agar anak-anak diajar menggunakan pendengaran, pengelihatan dan hati. Ajar anak menghormati ibubapa dan orang yang lebih tua. Allah haramkan seorang anak dari membantah ibubapa walau dalam apa jua bentuk, waimah berkata ‘ahhhh’ sekalipun. Bagi kami apabila anak tidak menyahut panggilan dengan pantas, atau menyahut dengan acuh tak acuh juga sudah dikira membantah. Apatah lagi jika dipanggil tidak datang, disuruh tidak mahu pergi. Itu semua termasuk dalam katagori berkata ‘ah’ bagi kami.

Antara contoh sunnah pula ialah pesan Nabi SAW agar kita ajar anak dari buaian hingga ke liang lahad. Maknanya, pendidikan anak harus bermula awal, sebelum mereka mumayyiz lagi. Jika kita lambat mengisi jiwanya, maka fahaman jahat (regime syaitan) akan cepat merasuk dan mengambil tempat. Kerana itulah kita disaran memperdengarkan seruan Allah yang diritualkan melalui azan oleh si ayah sebaik sahaja mereka lahir, diteruskan pula dengan alunan naluri tasbih, tahmid, tahlil dan selawat oleh ibu.

PENDIDIKAN DAN KASIH SAYANG - TANGGUNGJAWAB KHUSUS TERHADAP ANAK YATIM

Sebenarnya kebanyakan anak-anak yang diserahkan kepada kami juga membawa pelbagai kerosakan akhlak. Hakikatnya apabila kematian bapa, maka kebanyakan anak-anak yatim akan kehilangan pengatur atau murobbi walaupun sebahagian mereka mendapat cukup sara hidup.

Ada di kalangan anak yatim ini awalnya berkemampuan dan ada harta tinggalan ibubapa mereka. Sebahagiannya mendapat simpati masyarakat melalui sumbangan derma yang banyak, terutamanya apabila kematian ibubapa mereka itu agak sadis dan mendapat liputan meluas. Namun dek kerana tiada bimbingan, maka dengan sekelip mata harta tinggalan ibubapa atau sumbangan orang ramai itu sendiri telah membuatkan mereka semakin liar dan membuatkan mereka diherdik.

Itulah tanggungjawab khusus yang telah Allah wajibkan kepada semua yang mahu mengaku beragama dengan agama Allah. Kerana itu dalam surah al-Ma’un, Allah sebut tentang ‘membiarkan’ atau ‘mengherdik’ anak yatim. Bagi anak yatim yang terlantar atau miskin, maka tanggungjawab kita juga termasuk membantu mereka dalam soal makan minum.

Ironinya, kebanyakan dari masalah akhlak anak-anak ini jelas dapat kami kesan bermula dari awal, iaitu semasa ibubapa mereka masih hidup lagi. Kes yang kami sebut di atas tadi adalah salah satu daripadanya, iaitu kerosakan akhlak seawal itu dilihat di hadapan ayah ibu kandung mereka sendiri.

Antara bukti lain ialah apabila ditanyakan pada mereka bila mula merokok, mula meliwat atau sodomy, mula melihat video lucah, hisap dadah, minum arak, bergaduh dan sebagainya, maka ada anak seumur 9-12 tahun yang mengaku telah mula melakukannya sejak darjah satu. Padahal bapanya baru meninggal setahun lalu.

Ada yang mengaku pernah melakukannya bersama abang kandung, ada yang kata pernah melihat video lucah melalui telefon atau komputer bapanya, ada yang melihat sendiri bagaimana abangnya meniduri teman wanita ketika ibubapa tiada di rumah, bahkan melihat senggama ibubapanya, ada yang dipengaruhi rakan sekolah dan macam macam lagi.

Kerana perintah Allah itulah maka kami cuba sedaya upaya untuk memulihkan apa sahaja tahap kerosakan akhlak anak-anak ini seperti anak sendiri. Bukan sekadar menternak mereka. Selepas akhlak mereka terbentuk, barulah kami cari jalan untuk memajukan akademik mereka bersama pihak sekolah.

Namun begitu ada juga sebahagian yang terpaksa kami ambil alih sepenuhnya dari pihak sekolah. Ini kerana pihak sekolah ada banyak urusan untuk menangani anak-anak murid yang ramai sedangkan anak-anak yatim ini memerlukan perhatian khusus dan sepenuh masa untuk memulihkan semula akhlak mereka.

Untuk kes-kes berat, maka kami terpaksa tumpukan pada pemulihan akhlak. Kami persiapkan mereka dengan bidang pendidikan agama melalui pengajian tahfiz dan bidang iktisas di RPWP sahaja. Ini kerana kami tidak mahu mereka yang sudah tidak minat belajar ini menggunakan masa belajar di sekolah untuk berkeliaran. Ini akan menjadikan mereka semakin rosak bahkan boleh merosakkan orang lain di sekolah.

BILA GAGAL MENDIDIK DARI AWAL, KITA AKAN SIBUK MEMBAIK PULIH.

Kepada ibubapa yang bertanyakan tips untuk menghindari masalah kerosakan akhlak dari peringkat awal ini, ingin kami rujuk kepada sunnah rasulullah SAW seperti di atas. Kami gunakan fasa 7 yang berulang dengan menekankan pembangunan sahsiah anak-anak sahaja dahulu pada 7 tahun pertama.

Kami cuba bimbing mereka agar jadi mumayyiz dengan betul di peringkat awal. Ini kerana ramai anak-anak yang terbiar telah menjadi ‘mumayyiz’ dengan cara yang salah. Perkara buruk mereka anggap baik dan begitulah juga sebaliknya. Mereka banyak terdedah dan telah terlanjur ‘meniru’ contoh yang salah namun mereka rasakan itu ‘betul’.

Anak-anak kecil di bawah umur 7 tahun tidak terlalu kami tekankan dengan pembelajaran kalam, atau teks dalam bilik darjah. Kami banyakkan pembelajaran alam dengan melatih mereka menggunakan fungsi pendengaran, pengelihatan dan hati sepertimana arahan Allah dalam quran.

Antara kaedahnya ialah melalui latihan pergaulan dan tolong menolong. Kami campurkan mereka dengan rakan sebaya yang telah terbina sahsiahnya agar mereka dapat mengikuti contoh yang baik dan menerima ‘standard’ akhlak dari jemaah rakan sebaya mereka. Sementara itu kami jadikan rakan sebaya yang sudah agak baik akhlaknya untuk mendampingi dan mengapit mereka, melapurkan kepada kami beberapa kali sehari akan segala salah laku yang berlaku untuk kami kenalpasti dan perbaiki.

KESAN BUDAYA MENJERKAH DAN MENENGKING ANAK DI PERINGKAT AWAL

Budaya ini adalah antara kesilapan besar yang dapat kami kesan dari kajian dan pengalaman kami. Selain dari itu penerapan ‘rule and regulation, boundary and limitation’ juga amat penting. Ramai ibubapa membiarkan habit anak yang berkeliaran tanpa sebarang tegahan, tanpa menyediakan batas dan sempadan, tanpa menerangkan dengan bahasa mudah tentang pengatur dan aturan.

Lebih parah lagi apabila anak-anak ini melihat contoh buruk dari habit ibubapa dan keluarga sendiri serta manusia di sekitarnya. Mereka sering melihat ibubapa menjerkah dan menengking orang tua mereka, isteri menengking suami, kakak menengking abang dan sebagainya.

Di peringkat awal pembangunan sahsiah, kanak-kanak hidup dengan pengaruh semasa (live in moment). Mereka belajar dari apa yang mereka lihat dan apa yang mereka dengar. Menumpukan kepada pembelajaran teks dan angka akan memakan masa mereka yang seharusnya digunakan untuk membentuk sahsiah di peringkat itu.

Apabila akhlak mereka terabai, maka kerosakan itu akan bertambah hari demi hari. Akhirnya ibubapa jadi kelamkabut untuk membentuk mereka. Ini menjadikan ibubapa kurang sabar dan meluat dengan perangai mereka.

Satu-satunya pilihan yang ada ialah dengan meninggikan suara atau menghukum mereka dengan ganas. Jika ibubapa masih boleh sabar, amah, pengasuh atau guru pula tidak mampu sabar. Maka banyaklah kes anak yang didera guru dan pengasuh sampai ramai yang maut atau cedera.

KESIMPULAN

Apa yang kita beri, itulah yang akan kita dapat. Dekatkanlah diri kita pada anak sejak ia lahir mengikut keperluan. Jangan kelek anak sepanjang masa ketika ia bayi kerana itu akan memanjakan mereka. Ajar bayi kita berdikari sejak awal. Tetapi harus letakkan mereka di jarak yang mampu kita pantau dengan mata dan telinga.

Ibu khususnya harus sensitif dengan tangisan anak. Jangan biarkan anak menangis lebih dari 10 saat tanpa telinga kita mengesannya. Sebelum anak itu pandai berkata-kata, tangisan itu adalah bahasa komunikasi mereka dengan kita. Jika dapat secepat itu kita layani panggilan mereka insyaAllah mereka tidak akan meninggikan nada tangisan mereka untuk seolah-olah menengking kita.

Demikian juga fungsi mata. Sentiasalah perhatikan gerak geri bayi kita. Jika ia merangkak atau berjalan ke tempat yang tidak dapat kita lihat, apatah lagi menuju ke tempat bahaya, maka segera tegah dan panggil mereka. Tunjuk bahasa badan atau memek muka tanda marah jika mereka enggan.

Jika akhlak anak sudah terbentuk, kemajuan akademik akan berjalan sendiri. Namun jangan pula biarkan mereka dipengaruhi dengan persekitaran yang buruk. Ibubapa juga jangan tengking menengking atau bergaduh depan anak. Sebaiknya jangan langsung diamalkan budaya itu sama sekali walaupun di belakang anak.

Para isteri harus tunjukkan budaya patuh dan redha pada suami depan anak-anak. Sesuai dengan sifat nisak, sentiasalah berkata lembut, berwajah manis dan banyakkan memohon maaf atau istighfar pada suami, khasnya jika suami anda jenis yang beriman dan matang.

Jika suami memang jenis ganas dan bersifat Fir’aun, banyakkan bersabar dan mengalah. Janganlah suka melayan berang suami. Matikan perbalahan dengan meninggalkan suami yang sedang berang dengan cara yang baik. Nasihati anak agar memaafkan bapa yang tidak berakhlak agar anak tidak meniru sifat itu. InsyaAllah anak anda akan tetap terbentuk dan ia bakal jadi penawar apabila besar kelak, sekalipun anda terpaksa bercerai dengan suami anda yang macam Firaun itu.

Jika terpaksa memarahi atau menghukum anak di bawah 7 tahun, jauhi nada tinggi. Banyakkan berbicara dengan bahasa yang mudah mereka faham untuk menerapkan sikap yang ingin kita bentuk. Cuba usahakan agar menghukum dengan wajar jika mereka buat salah. Jika perlu memperkenalkan rotan pun, lakukanlah dengan tenang dan senyum. Beri penjelasan mengenai kelakuan yang anda tidak suka.

Itu semua akan mengajar mereka untuk menjadi orang yang sensitif dan rasional. Ajar mereka berinteraksi penuh adab dengan kita dan sesama mereka. Banyakkan berbicara dengan anak, sekali sekala bergurau dan melawak bagi mengajar mereka keperluan untuk senyum, marah, suka dan duka dalam kehidupan. Bagi yang belum berkesempatan, link video berikut mungkin dapat memberikan sedikit gambaran.

http://prihatin.net.my/v3/2013/09/09/parenting-tips-11-supplement-video-ijal-toya-kena-rotan/

http://prihatin.net.my/v3/2013/09/09/parenting-tips-11-membangunkan-anak-dari-tidur/

Semuga bermanfaat. Selamat mencuba.

Tips parenting
WARGA PRIHATIN


p/s: Bila ntah nak beli buku Tarbiyatul Aulad.