Ruqaiyah Yusof

Showing posts with label Sembang Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Sembang Bisnes. Show all posts
بسم الله الرحمن الزحيم

Ini contoh coding yang aku tak reti. :'(


Kalau kita tinggal je, kerja terus siap, best juga.
Inilah gunanya coding dalam programming, banyak menggantikan kerja manusia.
Tapi, masalah bila idea ada, coding takde.
Ini yang rasa nak sambung belajar software engineering ni.
Agak-agak kalau influence bahasa programming, saya masih boleh bercakap bahasa manusia dengan baik tak?
Btw, just make it simplest sebagai permulaan langkah.
Then slowly upgrade & improve.
Dan yang penting sistematik. Sistem tu penting

Ini tulis status Fb, asalnya kisah nak buat invoice yang auto-generate. Tapi, tengok pun dah pening. Nak boleh ke faham, tak tahulah berapa tahun baru boleh faham.
And at the last, pakai invoice excel biasa saja. Upload di drive, boleh edit disitu, bagus juga.




بسم الله الرحمن الزحيم

"Dik, akak nak tempah bizcard. Tapi jangan bagitahu kawan-kawan yang kenal akak ye. Akak belum bersedia nak inform kat semua orang."

Lebih kurang macam ni.
Ada juga yang memang malu nak menjual-jual.
Hmm, terfikir.
Kenapa ea?

Segan?
Biasalah tu, awal-awal.
Aku belajar jadi 'muka tak malu' dengan menjual.

Opps, bukannya tak malu,
tapi malu bertempat.

Orang tanya harga barang, jawab ajelah.
Mata garang, mulut senyum.
Contradict jugaklah rasa.


Tapi, rasa macam dah di train oleh diri sendiri,
berhadapan dengan customer, mulut kena lebarkan,
walaupun belum tentu lagi menjadik ke tak senyuman tu. haha

Memang sejak dari kecik, muka garang macam ni.
Itupun mujur dah besar ni baru reti nak senyum. haha.

Aku nak bercakap dengan lelaki pun tak reti, dulu.
Bila masuk U, banyak kena bekerja dengan lelaki,
jadi president, lagi lah orang bawahan lelaki,
barulah aku reti berkomunikasi dengan lelaki.

Dan makin lama, aku berlatih bercakap gaya-gaya ala customer service.
Pernah pergi celcom customer service?
Best kan layanan dia.
Rasa nak datang selalu aje.

Kadang-kadang, be transparent.
Ada masa, kalau nervous, saya cakap siap-siap.
"Maaf, awal-awal ni saya nervous sikit."
Sebab, lepas aku cakap gitu, barulah aku boleh bertenang.

Aku pernah, ada jemputan lukisan doodle,
aku bagi ucapan pembukaan.
Tak menjadik, tergagap.
Ada lah rasa macam mencalit lumpur ke muka sendiri.

Ucapan-ucapan ni, memang fail.
Kalau suruh mengajar benda yang reti, barulah lancar sikit.
Kadang-kadang, dia datang daripada inner side.
Kuatkan dulu inner side tu.
Aku tak tahu orang faham ke tak kalau aku cakap inner side ni.

Jemputan Mengajar di UKM

Simpan sini, takut hilang lagi.

Mengajar sikit lebih mudah, boleh ke meja peserta dan mengajar direct. Abaikan mulut herot tu. LOL!


Tak apalah,
one day, kalau aku terbaca semula,
dan reti explain semula dengan ayat yang lebih mudah,
nanti aku tulis semula.




بسم الله الرحمن الزحيم

Aku rasa macam dah lama tinggalkan bahan bacaan macam ni.
Ruqaiyah...
Yup, this is what i really need for this time.
Dalam sebulan dua ni, banyak perubahan besar berlaku dalam hidup aku.

And maybe i shouldn't say this,
but someone make me forget this,
and at the same time he also the one make me should reread it again.



Dvd dah lama beli, tapi baru tengok 1 slot saja.

And at last, aku berfikir.
Perkara ni sebenarnya perkara besar, keputusan besar dalam hidup aku.
Bukan keputusan untuk hari ini saja, tapi keputusan untuk masa depan aku.
Kenapalah aku baru perasan?

Andai aku serius untuk terus buka syarikat,
i must ask permission from my parents actually.
Dan, bukan mudah.
Bukan langkah yang sewenang-wenangnya.
Aku nak kena belajar banyak lagi.
Pergi kursus, cari business partner,
dan banyak lagi.

Bukan nak menidakkan peluang,
but i'm defining, 'what peluang is this',
or deeper, 'what is this?'.

*Still thinking*

بسم الله الرحمن الزحيم

Dalam hidup kita ni sebenarnya,
terlalu banyak hipothesis dan teori bermain dalam kepala.

Kita tunggu dan teruskan pemerhatian untuk dapat sesuatu jawapan. Tapi, ada shortcut untuk dapatkan jawapan, iaitu dengan membaca kajian-kajian orang lama yang terlebih dahulu memerhati.

Kadang-kadang,
saya selalu berfikir, apa yang menyebabkan orang respon 'begini', dan respon 'begitu'.

Saya selalu perhatikan, apa sebenarnya nada di sebalik penulisan.
Apa yang mendorong seseorang untuk menulis macam tu?

Baca dari nada penulisan seseorang kadang-kadang boleh tengok sebenarnya macam mana sikap dia, macam mana dia berinteraksi.
Ini semuanya daripada pemerhatian.

Dalam hidup kita ni, kita mungkin tak dapat jawapan tepat.
Tapi kebanyakan jawapan tu akan dapat melalui statistik, atau trend (bukan trend fesyen) iaitu pola yang akan berulang.


=========

Banyak sebenarnya nak kaji, dan mungkin akan buat borang survey, especially kajian mana mana bisnes servis berinteraksi dengan customer.
Saya mula-mula dulu, bila customer tanya harga design je jadi cuak. Berjaya atau tak dalam deal ni. Dan ada la juga pengalaman pahit dan serik. Yang sampai membuatkan hilang confident.

Tapi belajar setkan minda sendiri. Bila saya kerap teringat kegagalan lama, sebenarnya mendorong saya bertindak untuk ulang kegagalan lama.
Tapi, bila saya cuba lupakan pengalaman pahit, dan berfikir, kali ni insya Allah berjaya. Cuak macam mana pun, saya akan mendorong diri sendiri buat yang terbaik.

Sebenarnya semuanya bergantung apa yang kita imagine dalam kepala. Dia macam ada bayangan, yang saya nak customer saya tersenyum tengok draft design mereka yang saya propose.

Alhamdulillah, saya dah berjaya atasi 'ketakutan design kena reject'.
Hmm, siapa yang turut sama mengalami masalah macam ni?

Rasa macam nak tulis buku, membantu designer-designer 'deal dengan customer' sampai berjaya.

Banyak sebenarnya hipotesis dan teori yang saya dah sahkan dan rasa valid. Cuma nak kumpul study-case aje.
Insya Allah, cuba istiqamahkan diri, menulis 1 hari 1 bab.
Alhamdulillah. Gambar kat bawah ni antara design latest yang di approve customer. Design apa tu, itu rahsia customer la.



p/s: kalau saya tulis, ada yang nak baca ke?


بسم الله الرحمن الزحيم

Saya nak:
-buat akaun graphicriver
-aktifkan akaun fiver

Buat betul-betul. Focus hari khamis & jumaat utk dua marketplace ni.

Sedut inspirasi dari otai-otai design yang hebat-hebat.

Isnin-rabu, sebab masa fokus tak panjang, jual buku sajalah. Walaupun untung tak banyak, tapi gembira. Tapi....grrr, macam mana nak bayar yuran, nak buat lesen kalau kumpul RM100 pun tak sampai. haha.
Tambah volume ni yang tengah mencabar ni. hihi.

Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah.




بسم الله الرحمن الزحيم

Gambar ehsan Sifu Kami, Tuan Izwan Robotys
Belajar berkenaan website.
I want to write it short.
Lepas ni nak pi memasak breakfast untuk mak.

Tak semua bisnes atau sale perlukan website.
Website adalah jalan terakhir yang kita boleh guna.

Sebab, rupanya tuan robot sendiri paling cepat siapkan website, 1 bulan.
Paling lama siapkan website, 6 bulan.
(Banjir, jadi jangan haraplah seminggu je nak siap website kan??)

Dan plan dulu nak buat apa dalam website, coding adalah perkara terakhir.
Sentap lagi! haha.

Dan konsisten & fokus dalam menulis!
Insya Allah.
(Banyak lagi, tapi risau pula nak reveal. huhu. Tunggu tuan guru bagi green light)

Dan sharing dari tuan Faisal Abdullah,

2 jenis kelakuan:
1. Reactive.
2. Proaktif.

========
Reactive
========

Kita respon pada mesej, bertindak balas pada perbuatan orang.
Jadi, kelakuan kita bergantung pada orang.

========
Proaktif
========

Kita buat ikut jadual kita.
Contohnya tuan faisal gunkan waktu pagi, pukul 6-12,
-berjogging
-tulis content/ email
-menulis (blog, dll)
-buat marketing dan lain-lain.
Pukul 2-3 baru dia reply mesej orang.

So, same with me.
I need to change my behavior.

Proaktif perlu lebih.
Pagi-pagi, memasak, kemudian menulis.
Atau menulis dulu, macam sekarang.
Kemudian memasak,
kemudian follow up customer. heheh.

Ok, later perlu rancang lebih teratur dan terperinci lagi.

Ok, 5 minit sahaja menulis.
Later, jumpa lagi!

Insya Allah.




بسم الله الرحمن الزحيم

Teruja!

Sumber: Pts Bookcafe
Tengok statistik ni.

Ada sorang dah capai sales RM5K!

Aku masih merangkak. Sob..sob..
Isnin pindah tempat baru, baru nak sesuaikan diri dengan suasana baru.

Semalam ambik mood, tapi stress.

Alhamdulillah, hari ni ada dua perkara yang buat saya tersenyum pagi-pagi.


1. Abang saya, nak tempah 50pcs kad, harga RM10?

- ok, abg an ni memang suka buat lawak!

Aku: "Awak beli pigeot dapat harga kancil ke?"
Baan: "Dapat, dengan adik beradik."
Aku: haha.

Tengok harga dalam RM400++, kad setebal kad kredit, boleh tukar nama setiap satu kad.

Last-last dia kata okey pulak.

Apa-apa pun, tq la baan buat adik mu ni tersenyum di pagi hari.


2. Recycle No Phone. 





Heheh. Ini project dua tiga bulan yang lepas.

Kononnya saya nak belajar jual tudung, atau barang fizikal.
Tapi saya tak nak jual tudung singkat.

Orang dapat dosa, kita pun sama dapat dosa mempermudahkan orang pakai macam tu.
Saya rasa bersalah, walaupun supplier tudung singkat lagi banyak.

Supplier tudung labuh, saya belum jumpa lagi.
Jadi, saya hold dulu.

Kemudian, saya cuba jual buku pula.
Dropship buku bookcafe.

Well, saya suka buku!
Saya suka nak korek apa isi dalam buku tu.

Lama-lama, saya jumpa keserasian saya dengan jual buku.

Jadi, pagi ni saya terfikirkan sesuatu.

Recycle semua number ni.

Hehe.
Diorang yang rela hati bagi.
Then, saya nak tapis siapa yang suka membaca.

Meh, saya nak tolong permudahkan sis-sis semua beli buku.
Hehe.



Ada dalam 30 number phone. Dalam 14 orang reply.
Bertalu-talu.

Teruja!
Seronok!

Saya test-test ayat marketing.

Ada la 2-3 kali ubah.

Ni contoh ayat marketing yang berjaya.

PALING berjaya saya kira.

Ada lagi 2-3 prospek berjaya macam ni, tapi ni prospek pertama bagi respon terbaik macam ni.






Well, ada lagi 70 number.
Fokus deme ni dulu la. Hehe.

Yang lain tu, esok pula.

Ada nak tanya saya apa-apa?

Komen kat bawah.



بسم الله الرحمن الزحيم

Saya suka nak berkongsi bagaimana saya buat jualan.

Saya sudah berasa bagaimana buat bisnes margin kecil dan margin besar. Berita baiknya, keduanya tak menggunakan modal duit saya.

Mesti ramai yang tanya,
"Dah kenapa dia tu 'baik hati' sangat nak berkongsi dengan orang?"

Sebabnya, saya perlu berkongsi dengan orang untuk terus belajar. Itu cara saya.
Saya masih ada banyak benda nak belajar, tapi otak dah terlalu tepu.
Jadi, mari saya tumpahkan sedikit kepada yang berminat.

Kadang-kadang saya 'sakit' juga tengok ayat iklan kawan-kawan yang tak kena cara. Rasa nak betulkan waktu tu, bimbang tak kena tempat pula.
Jadi, mari saya bantu di sini.

==============================================================

Semalam ramai yang cakap nak tahu bagaimana saya buat bisnes hampir zero modal. 

Tapi saya nak tapis untuk mereka yang benar-benar serius nak mulakan bisnes sahaja. Kalau sekadar yang nak tahu saja-saja, boleh lah google kalau jumpa. 

Yang akan isi maklumat ni hanya mereka yang perlukan bimbingan dan panduan untuk berbisnes.

Jadi, jika andalah orang nya yang serius, mari isi nama di sini. 
Mudah kita berkongsi secara tertutup.


Nama Panggilan

No Phone

Alamat Email (Bukan Yahoo Mail)


Masih keliru dan was-was ke?

Apa yang saya akan KONGSIKAN dalam siri email ni:


  • Macam mana bermula dengan bisnes tanpa modal atau hampir zero modal.
  • Bagaimana nak dapatkan sale pertama
  • Sudah ada sale pertama, tapi bagaimana nak kembangkan pelanggan yang sedia ada.
  • Bagaimana nak menstabilkan bisnes

Kalau anda:
  • Sudah ada bisnes
  • Sudah buat sale pertama
  • Sudah tidak perlukan bimbingan
  • Sedang enjoy dengan income yang hampir setiap hari masuk
Borang ini bukanlah untuk anda.

Saya tak kisah ramai atau sikit. 
Kalau 3 orang pun tak apa, asalkan yang betul-betul KOMITED  dan boleh luangkan sedikit MASA anda.

Kalau sudah fikir masak-masak, isikan borang ni. Boleh kita bersembang bisnes.

Nama Panggilan

No Phone

Alamat Email (Bukan Yahoo Mail)




بسم الله الرحمن الزحيم

Saya ajak sorang junior ni join team saya.

Ya, team business yang saya nak bangunkan.

Dia: "akak. Saya nak bermula dengan apa?"

Aku bagi sedebuk list buku, macam mana aku bermula...huhu...

Akak tahu adik tabah. Nah, baca. Akak yakin adik setabah akak..huhu..
Siapa berusaha dia berjaya, kan dik.

Jap eh, nak screenshot chat je terus, 'rajin' sangat nak taip semula.











Eh, ada pulak promot PTS Bookcafe...haha, saya memang pembeli tegar kat sana..Bookcafe patut printscreen ni..hehe

Last sekali, junior tu komen, "Wonderful, daebak!"
Rasanya dia terkejut kot.
Tapi adik ni bagus, dia terus pegi beli buku Rich Dad Poor Dad tu..huhu..
Selamat berjaya & selamat datang ke team akak, adik..=D