Ada banyak benda dalam dunia ni.
Kita masih belum faham, dengan kata lain,
Kita masih belum NAMPAK aplikasinya dalam kehidupan seharian kita macam mana.
Banyak..
Tapi kita kena berpegang.
Tak faham, tapi hafallah.
Kerana faham akan datang bila kita mengamalkannya.
Seperti,
kata-kata ustaz hasrizal,
Syaitan di zaman kalian adalah 20 tahun lebih berpengalaman berbanding syaitan di zaman kami. Dan kalian pula 20 tahun kurang berpengalaman berbanding kami.
Ini memang sungguh deep, menusuk kalbu.
Jadi, setiap kali datang macam-macam idea, aku terfikir semula.
Ini bisikan syaitan, atau ilham.
Masya Allah, banyak ilmu dan kata-kata yang kita perlu pegang, gigitlah dengan geraham.
Lagi, seperti kata-kata kak Ummi,
"Berkahwin bukan seperti kayu magic. Dapat yang soleh, terus jadi solehah. Macam mana kita sebelum kahwin, macam tulah kita selepas kahwin."
Masya Allah, ini pun sungguh deep.
Sedih, memikirkan diri ini.
Hati manusia itu mudah berbolak-balik.
Selalu berusaha menjadi solehah, dan kadang-kadang perasaan kita fikir kita dah capai 'solehah' tu buat kita terhenti usaha. Ya Allah, banyak sungguh khilaf.
Ingatlah Ruqaiyah, saat kita sangka kita dah sampai tahap 'solehah', sebenarnya itu penanda aras kita jahil. Sebab ilmu Allah ni luas, tetapi kita sangka sampai situ sahaja. Ingat tu, ilmu Allah betapa luas, jadi dalam jalan menjadi solehah, usaha kita pun seluas LAUTAN la juga. Ada sanggup?
Istiqamahlah dalam ibadahmu.
Istiqamah dalam qiamullailmu.
Target kita syurga bukan?
Bertemu dengan Dia bukan?
Yang kita nantikan.
Setelah kita berhempas pulas beribadah,
Apa yang lebih indah dari bersua dengan-Nya dan
baginda Rasulullah s.a.w.
Hati ini tiba-tiba rindu.
Ya Allah, sampaikan aku kepada-Mu dalam keadaan redha dan di-redhai.
Sungguh, hati aku ini mudah berbolak-balik.
Hari ini aku memanggil-manggil-Mu.
Esok aku leka dan melupai-Mu.
Janganlah kau alihkan perhatian-Mu dari membimbing aku.
Pandulah aku dalam setiap langkahku.
Istiqamah ya, Ruqaiyah
Just terfikir, selepas berumah tangga, akan istiqamah lagikah aku?
Bila ada anak, jaga anak. Akan istiqamah lagikah aku?
Bila sudah tua, masih istiqamah lagikah aku?
Bila berkerjaya, masihkah aku?
Gigitlah dengan geraham, AKU MAHU ISTIQAMAH!
0 comments:
Post a Comment
Ada komen, cadangan dan penambahbaikan?