Ruqaiyah Yusof

Showing posts with label Merapu. Show all posts
Showing posts with label Merapu. Show all posts
بسم الله الرحمن الزحيم

Gambar Ihsan Google.
Kawan saya pernah dengar cerita,
seorang gadis ni bermimpikan seorang lelaki ni. Dan dia takde apa-apa perasaan pun.
Tapi sebab mimpi tu, dia cuba bertanya melalui orang tengah. Dan kemudian si lelaki tu cakap dia tak bersedia pun lagi. Kisah mereka berakhir di situ.

Bercakap pasal mimpi,
boleh jadi ia datang daripada syaitan.
Saya pernah didatangi seorang lelaki ni, berkali-kali masuk dalam mimpi saya.
Sedangkan saya tiada perasaan pun pada dia.
Dan lebih parah, pertama kali seumur hidup saya ter- jatuh hati sewaktu terserempak dengan dia.
Please, hensem macam mana pun orang tu, saya bukan mudah jatuh hati pada orang, kalau bukan sebab cahaya imannya, mungkin. Saya pun tak tahu.
Selama 2 tahun saya pendamkan perasaan dan terus berdoa.

Bila saya dah bersedia dan nekad nak salurkan melalui orang tengah, rupanya si lelaki tu dah nak kahwin pun. Boleh bayangkan tak macam mana perasaan kecewa tu.
Lepas daripada tu, saya beli buku ni dan baca.

Rupanya, Allah nak mengajarkan aku sesuatu, banyak hikmah yang dapat. Memang awalnya rasa macam nak berputus asa. Tapi, banyak yang terjadi lepas tu. Tak lain tak bukan, semuanya Dia beri untuk menguatkan aku semula.

Oh ya, ada juga seorang lelaki ni, dia pernah ajak saya ber-couple, tapi saya tolak. Sebab family tak bagi couple-couple ni, dan saya tak reti nak ber-couple, dan saya ni pengawas. Saya tangkap orang couple, tiba-tiba saya couple..(?)
Tahu apa reason dia ajak saya bercouple, dia kata dia dah suka kat saya, sebab bermimpi kan saya.
Tapi, sekarang ni dia dah kahwin pun dengan orang lain.

Jadi, melalui buku 'Mengapa Istikharah Tidak Terjawab' ni, Ustaz Emran mengupas, Islam bukan tertegak atas dasar perkara ghaib macam mimpi ni. Tidak.
Lepas istikharah, buat istisyarah, iaitu berbincang dengan orang lain. Buat keputusan dengan perbincangan, bukan tanya melalui mimpi. Sebab kita bertanggungjawab atas setiap keputusan kita buat. Sebab tu pentingnya berbincang dan nilai semula pro & cons. Buat keputusan berdasarkan itu.

Dan banyak lagi yang saya belajar, melalui pengalaman.
Jangan percaya seseorang tu jodoh kita, sampailah tibanya saat ucapan akad nikah.
Kita senang dengan dia, kita banyak persamaan dengan dia, dia masuk dalam hidup kita, belum tentu lagi tu tanda-tanda dia jodoh kita.
Hinggalah saat dia sudi berkahwin dengan kita, dan melafazkan akad nikah.

Never believe any 'petanda-petanda' like that. Bahaya.
Macam mana nak tahu dia jodoh kita atau tak? Kahwin dengan dia. Itu saja jawapannya.

Yang berjodoh pun boleh bercerai.
Kalau kita kahwin semata-mata nak bercinta, nak tahu dia jodoh kita atau tak, apa jaminan kita perkahwinan tu akan bertahan?

Tanya balik diri, apa sebab aku berkahwin?
(Err, dah tak rasa nak kahwin pun....mak, tolong. What happen to me?)

Jauh disudut hati aku,
aku nakkan perkahwinan yang kekal hingga ke syurga.
Menyayanginya dan memberikan sepenuh hati kepadanya, semuanya mahu hingga ke syurga.
Dan perkahwinan juga salah satu daripada cabang dakwah.
Dan aku ini fardhu muslim, bersamanya juga fardhu muslim, membentuk sebuah keluarga muslim, yang bersama-sama membina generasi muslim.

Semuanya demi memanjangkan kelansungan dakwah.
Allah. Saat ini aku diuji.
Ya, benar Allah. Aku akan cuba kotakan kata-kata aku.
Walau pahit, berkahwin kerana dakwah.
Walau siapa pun dia.
Dan aku patut bersyukur.

Ruqaiyah, ingat semula kenapa kamu nak berkahwin.
Dan, aku ni. Simpang siur aku nampak masa depan.
Ya Allah, tolong berikan aku keyakinan dan kekuatan.


بسم الله الرحمن الزحيم

16 May 2015

1 hari 17 design.
Not bad.
Krem juga rasa tangan.
Rasa macam, 
dah nak sampai masa berhenti ambik job design.
Mungkin saya akan suggest kawan-kawan designer yang lain.
Buat design ni,
Tak lain tak bukan cuma nak cari pengalaman.
Dan sebahagian dari plan hidup,
nak belajar di bahagian management pula.
Ada satu masa,
kita lalui dan hadapi juga, walau rasa macam nak termuntah dah.
Sebab masih berpegang, banyak lagi ilmu perlu dikutip.
Buang perasaan, sifat malas, emosi jauh-jauh.
Bukan berhenti sebab putus asa.
Bisnes tak berhenti. Cuma niche bisnes saja bakal bertukar.
Dan masa bila saya nak berhenti pun, masih dilema.
Nanti rindu pula nak buat design.
Insya Allah. Biiznillah.
View this world with Different Angle.
Like a puzzle, the component still incomplete.
Jauh lagi perjalanan.
Tak di dunia, mungkin di akhirat.


بسم الله الرحمن الزحيم

Sememangnya, lelaki dan wanita itu berbeza.
Berbeza bagaimana?
Lelaki itu bersifat pemburu, mencari buruan dan membawa hasil buruan ke rumah.
Pekerjaan dan perasaan adalah sesuatu yang berbeza.
Tetapi wanita, tidak dapat tidak, tetap akan terkaitkan emosi dan perasaan ketika kerja.
Lelaki selalunya percaya pada pandangan matanya,
wanita pula percaya pada mimik muka, nada suara dan gerak hatinya.

Mana mungkin wanita dan lelaki itu serupa?
Aku, terkadang seolah-olah cuba menidakkan diri, cuba bekerja seperti lelaki bekerja.
Mengasingkan emosi, masalah peribadi dengan kerja.
Adakalanya aku berjaya, tetapi selesai saja kerja,
emosi datang menghantui. Aku tewas.

Terkadang, seakan dunia ini menghempap aku.
Seakan mahu menikam-nikam dada sendiri, supaya rasa sakit itu hilang.
Itu yang aku maksudkan. Aku fake. Dalam perasaan, aku hebat berpura-pura tabah.
Aku hebat berpura-pura menafikan perasaanku.
Kadang-kadang serabut fikirkan soal perasaan ni.
Kadang-kadang aku nak melarikan diri, pergi jauh dari dunia yang wujud lelaki.
Kadang-kadang aku fikir, beginikah hidup aku? Sepi selamanya?
Kadang-kadang aku berfikir, akan berkahwinkah aku?

Ruqaiyah, Allah uji sikit saja tu.
Tapi aku taknak ujian perasaan, boleh tak?
Serabut.
Aku ni banyak lagi kerja nak kena fikir.
Itulah, sibukkan diri dengan kerja.
Kalau boleh aku tak nak kerja yang ada lelaki.
Pergilah jauh-jauh dari hidup aku, kalau sekadar nakkan kebolehan aku.
Kalau tak menghargai aku.
Biarlah kebolehanku, aku yang gunakan sendiri,
bangunkan sendiri, sumbangkan sendiri untuk islam.

Sungguh, aku cemburu.
Aku cemburu pada businesswoman, yang mana disebalik kejayaannya,
dia berusaha bersama-sama suaminya. Suaminya ada untuknya.
Aku cemburu yang lelaki berjaya, disebaliknya ada wanita yang bermotivasi.
Ya, aku mahu jadi seperti wanita itu, yang menguatkan suaminya.
Yang menjadi disebalik kejayaan suaminya.
Yang jatuh bangun bersama.
Yang mengharungi susah payah bersama.
Yang bisnes ini bisnes bersama.

Lelaki,
kalau taknak wanita yang akan menjadi tulang belakang kejayaan,
kalau tak nak mencipta kejayaan, jangan cari aku.
Biar lambat, biar aku tak jumpa lagi.
Aku nekad nak lelaki soleh, beriman, yang mahu mencipta kejayaan,
dan memerlukan aku untuk mencipta kejayaan.
Jangan cari aku kalau kau bukan lelaki itu.

Match-making tu, aku malas nak fikir lagi.
Apa nak jadi, jadilah.
Aku perlu tenangkan fikiran dulu.

Jadi, sekarang ni plan aku nak buat apa?

Apa ye?




بسم الله الرحمن الزحيم

Serabut dua, tiga hari ni.
Serabut urusan yang datang tiba-tiba.
Serabut juga dengan masalah hati.

Jadi, antara dua, biar bagi mak saja yang pilih.
Kalau kecik-kecik dulu, nak sebut hal-hal ni dengan mak, takut.
Takut kena sindir dulu. Diri sendiri tak pandai jaga lagi, ada hati nak bercinta .

Tapi sekarang, mak selalu tanya mana bakal menantu mak.
Lol.
Jadi, saya bagi gambar.
Mak nak mana satu jadi calon menantu mak?
Haha. Ok, senang sikit kerja.

Dah. Dah.
Aku nak sambung kerja ni. Boleh dah buat kerja dengan tenang.
Tenkiu mak. ;)


بسم الله الرحمن الزحيم

Apabila Dia memberi,
Dia tetap memberi dengan pilihan.
Moga aku dapat bukakan pintu hatiku untuk membuat pilihan,
mana yang terbaik untuk agamaku, masa depanku, kehidupanku, dan perjuanganku.

Atas istikharah ini,
aku minta bantuan Dia dalam menetapkan keputusanku.
Aku semakin nampak masa depan perjuanganku.
Yang dulu malap, penuh halangan,
moga selepas ini dapat istiqamah.
Insya Allah.

Moga berikan ketetapan hati buatku.
Cuba berikan yang terbaik,
dan cuba buat yang terbaik.

Dan sebenarnya, bukanlah khabar duka buatku.
Terima kasih ya Allah atas pemurahnya Kau dalam memberi.

Dan sebenarnya,
aku masih berfikir dan membuat pertimbangan.....
Berfikir semasak-masaknya.

بسم الله الرحمن الزحيم

Seronok PBAKL 15 kali ni.
Alhamdulillah, lambat sikit update pasal PBAKL ni, bukan apa.
Sabtu ahad, busy sikit, pergi kursus kahwin.
Jumaat pergi PBAKL,
Khamis dgn Rabu malam pergi UKM,
berderet-deret.

Ini pun housemate ajak pergi kat tempat kanak-kanak autism,
tapi rasa berderet-deret tiap hari berjalan.
Memang bagus untuk kurus, tapi kena siapkan kerja. huhu.

==================
Hari Ahad.

Ada kisah disebalik kejadian ni.
Semuanya perancangan Allah yang sebaik-baik merancang.
Tak plan pun nak jumpa kakak kat PWTC ni.
Turun bas, memang sebelah station je dengan PWTC.

Masa tu, baru turun bas, solat zohor.
Lepas solat, berdoa siap-siap.

"Ya Allah, aku dah dekat ni. Teringin sangat nak pergi. Tapi takde siapa nak teman atau jumpa kat sana. Ya Allah, kalau ada orang nak pergi sekali ke pwtc, memang aku akan pergi. Izinkanlah aku."
Pergi lipat telekung. Bersiap-siap nak keluar surau. Baca mesej.

"Siti, kita orang kat pesta buku ni. Nak mai?"

Ya Allah! Pucuk dicita, ulam mendatang. Orang mengantuk disorongkan bantal. (Ok, peribahasa apa lagi nak guna? huhu) Gembira tak terkata.
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Kebetulan, masa bas saya sampai tu, masa kakak mesej, diorang baru sampai.
Perancangan Allah lagi hebat. :'( Allah jualah sebaik-baik perancang.

Rupa-rupanya, masa balik tu, kakak buka cerita.
Sebenarnya kakak dah lama teringin nak pergi pesta buku. Ajak abang bad.
Tapi abang bad kata, "nak pergi dengan bawak Aini ni? (Sebab aini agak 'ringan'. Memang sakit tulang belulang kalau dukung lama sikit.)"

Kakak pun diam.
Tiba-tiba, hari Ahad tu, masa saya naik bas tu, Abang Bad tiba-tiba ajak kakak pergi pesta buku.
Terkejut jugaklah kakak, tak siap apa-apa lagi.
Alhamdulillah, sampai juga mereka ke sana.

Masa dah nak sampai PWTC, abang bad suruh kakak mesej saya. Ajak je, kalau-kalau siti nak pergi. Rupanya Allah dah gerakkan hati abang bad dan kakak untuk semuanya.

(Selingan: banyak kali berdoa supaya Allah gerakkan hati 'dia'. Insya Allah, mungkin kena tambah usaha je lagi sikit. hihi)

Hebatkan perancangan Allah?
Subhanallah. Alhamdulillah.

Dah siap round. Tapi tak berapa best, sebab kakak asik risau ke anak dia. Huhu. Tak tenang nak tengok buku.


Inilah Nur Aini Izzati. Comel kan? 
Ok, ini kerja poyo. Takde keje selfie tengah lautan orang ramai. haha, pastu malu sendiri.
Tengok tu, mak orang tengah cari buku untuk anak dia. Haha, dulu cari buku untuk bujang-bujang. Lain genre nya. 
Takde kerja, welfie sambil mak budak tu tengah cari buku. Haha

Ini lah abang bad dengan kakak.
Dalam train. Otw balik. 
=======
Kisah 2 (Jumaat)
Masa ni pergi dengan kakde dan abangde pula. 
Kisah dia, saya dah coretkan di FB.

Ini linknya. 

Kakde, abg de, hakimi & hafizi.
Dan terjumpa buku ni. Dan tergerak untuk beli, dan teringat ke someone.
Ini buku untuk afif, tapi terbawa balik pulak.
===============
Kisah 3 (Sabtu).

Ok, ini kisah orang lain pula. Diceritakan semula oleh saya.
Masa tu angah ajak afif pergi pesta buku, dalam whatsapp.
Kecoh jugaklah pagi sabtu tu, dia ajak umi dengan afif.

Alhamdulillah, dalam pukul 3 tu selamat sampai ke pesta buku. 
Angah bawa anaknya, Kakyong (Darjah 5) & Kakngah (Darjah 4) saja. 
Lagi 4 orang hero-hero tu kena tinggal. 

Ok, ini kelakar sebab Mak cakap, abang ahmad (Darjah 3) yang tak pernah-pernah menangis pun, menangis kena tinggal. Haha. Kat bawah nanti ada gambar hero berempat tu.

Alhamdulillah, pukul 9 malam, diorang terus naik bas balik rumah. Sampai lebih kurang dalam pukul 12 malam. Cekal kan? Pergi balik hari je. Macam kuantan tu sebelah KL je, haha. Sebab abang ngah tengah berniaga, tak dapat pergi sama. Anak-anak dah besar, dah boleh tinggal. Mujurlah.

Dari kiri, kakyong, kakngah, afif.

Dengan angah.
Pantang jumpa buku. Terus tunduk, tak angkat-angkat kepala. haha

Inilah 4 hero tu. Haha. Ayah dia post gambar ni. Eh, tak menangis pulak. Paling besar tu lah abang ahmad, mulut banyak jugak dia ni. haha. Paling kiri, abang ode (tadika 6 tahun), sebelahnya, baju oren tu Arif. Dan yang bongsu, paling kanan. Lutfi namanya.
Pok Afif, seronok naik LRT.

Angah 3 beranak.

Ok, ni memang menarik. Diorang solat jumaat sampai ke mesin ATM ni. Betapa ramainya umat Nabi Muhammad yang bernama lelaki ni rupanya. Ini tengah beratur nak cucuk duit ni.
Ok, tu aje kenangan manis dan memori yang saya nak simpan. Sesuatu yang indah untuk dikenang-kenangkan. Alhamdulillah, syukur ya Allah. Terima kasih, aku masih memiliki mereka. Semuanya sementara.


بسم الله الرحمن الزحيم

Sambung kisah aku bertemu dengan sahabat-sahabat semalam.

Lol! Takde kaitan pun gambar dengan cerita. Tapi 2 orang dalam ni tak datang.

Diaorang ni ramai bakal kaunselor.
Seronok berborak dengan diorang ni.
Siap boleh bagi kaunseling kerjaya lagi. -_-"

Sorang tu jenis cakap laju, tapi susah betul nak keluar main point.
Sorang lagi tu, lambat tapi teratur.
Macam-macam kerenah ada. Haha.

Then, aku nak test keluarkan satu hipotesis untuk tahu valid ke tak.

Aku cakap,

"Saya perhatikan, ada 2 jenis orang. Sorang ni jenis banyak berfikir, selalunya dia bercakap laju. Tapi dia lambat buat kerja, atau malas. Sorang lagi dia jenis tak yang rajin buat kerja. Dia tak se-aktif bercakap macam orang jenis pertama."
Perbincangan No 1 (panel; kak zu):

" Yeke? Akak tak pun (walaupun akak bercakap laju, LOL!). Ada masa akak banyak berfikir, cakap laju, tapi akak malas rasa nak buat kerja. Kemudian bila akak buat kerja, akak akan diam."

Penyokong perbincangan No 1 (panel; kak nad):

"Betul, akak pun macam kak zu."

Status perbincangan (kedudukan hipothesis):

Aku; "Owh, yeke. Jadi mungkin manusia ni, mungkin boleh jadi dua-dua." So, kak zu dengan yakinnya cakap, "Jadi hipothesis awak tak diterima, atau tertolak. " Haha, laju je kak zu ni.
Semakin aku berfikir dalam, boleh jadi manusia ni, cenderung pada nombor atau cenderung pada huruf. Tak apa, teruskan pencarian. Cuma satu je konklusi aku.
Budak sains ni, yang jenis math atau fizik, atau chems, tak boleh buang atau hilang 'jati diri' dia tu. Contohnya cakap laju. Haha. Kak zu, cakap laju, dan berlatarbelakangkan Degree Chemistry.

Dan banyak kak zu share semalam.
Contohnya, manusia ni, pembahagiannya, S= Sosial, R=Realistik, K=Konvensional.

Katanya, aku ni jenis realistik. Macam kerja-kerja dalam lab, gitu. Haha. Apa kaitan, tak tahu.
Aku suka je kerja-kerja kajian ni, tapi kalau setakat duduk dalam lab, ikut arahan, bagi arahan buat eksperimen, maunya lemau kepala!

Kata kak zu lagi, orang sosial, dia banyak bergaul, peramah, macam ahli politik gitu.
Erm, itu aje sempat kak zu share. Rasa nak tahu lebih lagi.

Dan masa otw balik, aku ni kan banyak sangat tanya pasal psikologi.
Iyalah, teruja.

Kak zu cadangkan ambik Kaunseling.

Saya kata, "Akak, saya ni minat aje nak tahu. Tapi saya tak bercadang nak ambil Kaunseling.
Saya nak ambil software engineering (atau berkaitan dengannya).
Sebab saya nak bagi sumbangan di bahagian tu.
Kalau semua orang nak ambil Kaunseling, siapa yang nak pergi ke bidang teknologi ni?
Tak ramai orang boleh pergi ke bidang programming ni.
Sebab tu, bila saya rasa saya boleh pergi, saya nak teruskan."
Inilah antara isi subjeknya. Teruja kan?

Masih buat pertimbangan.

Sebenarnya masih dilema, nak sambung kerja dulu setahun, kemudian sambung master, atau terus ambil master. Kena berbincang lagi dengan family.
Dan bisnes pula, macam mana?
Sudahlah, pegang amanah orang pula. Berat tu rasa, especially kalau kita pegang sorang.
Itu yang rasa kena bina team cepat-cepat.

Ya, impian saya masih.....
Nak mendigitalkan banyak benda.
Di zaman informasi, pembangunan digital yang makin pesat.

Kak nurul kata, ambil je dulu coursework.
Especially kalau kita masih baru dalam bidang ni.
Terfikir, sejauh mana aku boleh pergi?
Aku tak tahu kalau tak mencuba.

Masihkah aku jadi sang pemikir kalau ambil coursework?
Kalau tanya pendapat orang lain, entahlah.
Lain orang, sebenarnya lain penerimaan dia terhadap kesukaran thesis ni.

Dan inilah dalam sejarah, aku jumpa orang cakap buat thesis tu best.
Ok, berpeluh. Huh!

p/s: Suka berborak dengan orang banyak ilmu dan banyak berfikir ni. Saya akan rindukan kalian suatu hari nanti. T_T. Moga kita bertemu lagi dalam rahmat-Nya dan penuh mahabbah.



بسم الله الرحمن الزحيم

Mereka kata trend yang berulang dalam dunia penulisan.
Ya, aku setuju.
Dan tadi baca tentang Televangelist di blog Ust Hasrizal.



Marketer dari orang bisnes memang kena fikir benda ni.
Trend!
Tapi, dari sudut dakwah, ianya seakan hipokrit, bak kata ustaz dalam penulisannya.

Kadang-kadang, kita penat bagaimana nak 'menyeru' lagi mad'u ini.
Kita gunakan cara creative, hingga akhirnya orang mengikut kita, bukan lagi dakwah.

Fikir balik, macam mana Rasulullah buat?

Ajak semula manusia ingat pada Allah.
Bina, atau ayat lain, PASAKKAN iman (asas) dalam hati manusia.

So, aku berfikir, penulis macam mana aku nak jadi?
- aku mention siap-siap, tak baca pendahuluan, rugi! Atau cari jawapan di pendahuluan.
- di pendahuluan, aku ingatkan semula betulkan niat. Dan lain-lain.
- Mungkin sebenarnya kita ni kena pupukkan minat membaca dalam masyarakat. Ni antara tugas aku.

Susah jugak sebenarnya, aku ni.
Kadang-kadang benci dengan diri sendiri, bila aku ada banyak kerja sampai tak boleh membaca.

Setiap kali aku membaca, aku niat nak tambah ilmu aku,
dan dalam masa yang sama, nak MENGGALAKKAN orang lain membaca.

Aku tak heran kalau orang nak kritik,

"setakat baca, pastu post beberapa petikan, menjadikan kita pembaca yang mandul!"

Aku: Kalau nak mencapai ke arah membaca pun susah, tak payahlah cakap pasal mandul ke, kritis ke, apa ke. 

Ni masyarakat kita ni, apa nak jadi?
Ada korea, ikut korea.
Ada gelombah Matluthfi la, AmranFans la, Maharaja Lawak la.

Hmm, aku tak tahu lah nak cakap apa.
Sebab aku jenis bukan fanatik pada mereka yang sentap-sentap ni.

Bagus dah tu, cuma menjadi sebagai AKU, dirinya yang bernama Ruqaiyah,
aku cari ilmu yang asas.
Penulisan yang boleh hurai ilmu asas, sampai aku boleh faham dalam kehidupan.

Sama macam equation (maaf, sebab saya orang fizik), cukup kita tahu equation, dan bagaimana ia berfungi. Jadi, kita boleh huraikan 100 situasi dengan hanya 1 equation.

Cari yang asas tu dulu, untuk menghadapi 100 perkara lagi.



بسم الله الرحمن الزحيم

Pernah juga berhasrat jadi penulis.
Tapi aku ni,
aku menulis, aku tak tahu orang boleh tangkap ke tak.

Bercakap lagi best sebenarnya.
Tengah cari & kutip semangat untuk diri sendiri.
Jadi, aku baca balik 'blog offline', yang rasanya tak sesuai utk orang lain baca,
hanya diri sendiri.

Inilah, namanya Microsoft One Notes!




Segala post, tentang bisnes, tentang tips & tutorial, tentang luahan perasaan pun ada. Shhh...tapi part tu dah password siap-siap. So, bila down, aku bacalah balik. Semangat untuk diri sendiri, kekuatan untuk diri sendiri.

Korek-korek, hmm banyak jugak idea aku menulis. Berbakat juga rupanya aku. Heh, maaf. Jangan muntah. ^_^

So, nanti ada ilham, insya Allah sambung mana-mana penulisan yg jadi tergantung tu. Hehe.


بسم الله الرحمن الزحيم

When someone asked me, what i want in my life?

Bersyukur diberikan-Nya peluang bersama-sama menjadi sekretariat.
Saya jawab, saya cuma tak mahu jadi biasa-biasa.
Senang cerita.
Nak kata, bersama tegakkan khilafiyyah? Au takut jatuh retorik.
Besar sangat tu, apa yang aku mampu, cuma sekitar radius diri aku.
Ubah diri aku, kawal diri aku.
Bermula dengan aku.

Besar harapan aku,
andai masih aku dapat istiqamah dalam perjuangan yang belum menang ini.
Aku suka,
ada misi dan visi yang kita hendak capai dalam hidup.

Apa yang aku nak kongsi sebenarnya,
aku rasa macam satu bisikan amanah dari tuan guru.

Ruqaiyah, belajar rajin-rajin.
Jadi orang yang berguna untuk ummah, untuk jemaah.
Bekerjasama dengan para ulama'.
Allah.


Gunakan kemahiran dan kekuatan aku untuk sama-sama mencapai kemenangan.
Itu harapan dan impian aku.

Mood, baca nota.





بسم الله الرحمن الزحيم

Just terjumpa posting puan guru tentang ini.

Dan, saja-saja tiba-tiba terjumpa juga test ini. Namanya, Do you think more like a man or a woman?
Boleh google saja.
Dan ini resultnya. Totally like me. huhu.




بسم الله الرحمن الزحيم

Punyalah malas nak taip semula.
Hmm, bacalah kat sini.

4 hari lepas punya pos.
Bukan apa.
Berderet-deret kerja untuk konvensyen ni.
Unpredictable. Dan kebanyakannya rushing.
Itu yang, niat nak post dah ada. Buatnya belum.


Mungkin berguna untuk korang.

Seminggu ni, cuti midsem. Lengang, sunyi sepi.
Penjual makanan kat bawah ni pun tutup.
Tapi kami tak heran, sebab boleh masak sendiri. hihi

Jemput tengok, juadah kami.
Aduh, terasa lapar pula.

Nasi goreng ikut suka hati.

Bubur suka hati, haha. Kata housemate, tak pernah org masak gini. Biasalah, masakan bujang, takde blender. Nak tumis guane?

Ini masa mula-mula semangat dulu. Hari kedua guna dapur. Pi kedai runcit beli ikan!

Ini juadah hari ni. Teringin rasa nak makan udang & ketam. haha. Tapi udang saja ada. 

Ini bihun sup saja. Masakan haritu, ni malas namanya. haha.
Apa-apa pun, tenkiu menteri A.M, sebab bagi green light kami memasak.
Haha.

Nak resepi ke?
Pm ajelah.

Resepi suka hati je namanya. Survival tanpa Freezer.


بسم الله الرحمن الزحيم

Nothing. Cuma terdengar balik lagu ni.
Hmm, sambil buat kerja edit video, dah lama tinggalkan.
Tapi kena juga buat.
Hmm, susah juga nak dapat ilham, idea dan mood ni.
Kadang-kadang mesti rasa nak dengar lagu.



Banyak kali dengar. Rasa something dalam hati.
Actually, mungkin cerita pasal kejayaan.
Atau susah payah harung kejayaan.
Tapi mungkin lagu ni, dua orang. Bezanya, aku seorang.
Setakat ni aku rasa sumber kekuatan hanya pada Allah.
Ya, cukup Allah.
Selama ni bangun jatuh aku,
hanya Dia.

Sadis betul rasa kena edit kerja orang ni. huhu. Kena trace balik gambar-gambar yang dia guna di google.

-------------------------------
Tak faham sangat jugak lirik dia.

Lagu: Dakmie (Nasyeed Edutainment Publishing)
Lirik : Edry Faizal (Mixology Publishing)
Biarpun hujan dan ribut
Tetap diri teguh merimbun
Walau luka dedaun gugur
Dari panas ku cipta bayang
Buat engkau teduh dan tenang
Mendakapmu dengan damai
Sungguhpun aku derita
Ku tetap berdiri
Demi cinta yang memberi cahaya
Hilang ribut langit pun cerah
Pergi sudah udara resah
Bahagia pun mekar
dan menghiasai indah warnanya
Kemarau kini tiada lagi
Dan hujan kasih pun membasahi
Tiap nafas mengulangi janji-janji kita
[chorus] Di puncak sana
Kita capai bahagia
Walau berliku rintangannya
Ketemu syurga di hati kita
Harum dengan kasih serta cinta
Di puncak sana kita capai bahagia
Walau berliku rintangannya
Ketemu syurga di dasar hati kita
Indah dihias setia dan percaya
Di puncak sana
Kita capai bahagia
Walau berliku rintangannya
Ketemu syurga di hati kita
Harum dengan kasih serta cinta

بسم الله الرحمن الزحيم

Gali balik post-post lama.
Post lama sedap dibaca bila kita lupa.

Seolah-olah, diri kita semasa zaman bagus-bagus dulu memberi nasihat pada kita yang sekarang.

Gigih dulu belajar dengan mila. huhu.
Dulu struggle belajar java ni. Sebab minat programming. Dan ada hasrat nak sambung master in Software Engineering. Kata orang-orang yang berpengalaman, must strive in further study.

Padahal dah ada lecturer yang suggest dah untuk sambung bawah dia T_T.
Tapi jauh nun di UMT. Alahai. Tajuk pun dia dah ada. Cuma hati ini berbelah bahagi, sebab serik masuk Universiti Baru ni sebenarnya. Sama la dengan U***. Orang kata, berjaya atau tak, bergantung pada kita.

Tapi, sebab my self-nature, yang bukan gigih mendengar lecture, gigih membaca lecturer note. Seolah-olahnya sifir untuk degree ni, hafal nombor 1. Faham kemudian. Nak menangis jugak fikir. Sebab kadang-kadang, dalam 5 kriteria tu, 3 sudah ada. Selebihnya cari sendiri. Jadi, kita perlu buat pilihan. Kalau nak di U yang tempat strategik, lecturer tak tahu menahu lagi siapa. Kalau nak lecturer bagus, tempat nun jauh di sana. haaa, lebih kurang macam tu lah.

Jadi, rasa macam lepas degree ni nak sambung kerja dengan abah lah dulu. Buat simpanan dulu dalam setahun, kemudian sambung belajar. Kahwin bila? Tak tahulah. Tengoklah kat mana jumpa yang berkenan. huhu.

Aduuh, sebenarnya tak kuat nak menentukan masa depan ni, dan membuat pilihan ni. Kadang-kadang kesian mak tinggal sorang kat rumah T_T. Ini pun satu hal, pilih mak atau sambung belajar. Kalau tanya mak, mak cakap pergilah. Tapi dalam hati, Allah je yang tahu dia sayang nak lepaskan anak-anaknya. Samalah, kalau kahwin pun belum tentu lagi boleh teman mak lagi.

Rindu sebenarnya masa duduk dengan mak, walaupun anak dia ni kadang-kadang ada la jugak buat dia nak membebel. Haha. Tapi, ada bahagianya. Rindu nak dengar mak melawak lagi.

Hmm, kita ni kadang-kadang tak bersyukur kan? Aku bayangkan, kalau aku dah kahwin, ada kesempatan ke nak sambung belajar, realisasikan apa yang kita nak? Allah tak temukan lagi jodoh ni, sebenarnya Allah nak bagi aku peluang.......peluang untuk capai yang aku nak. Kenapalah aku tak sedar selama ni. Jadi, jangan takut lagi. Teruskanlah melangkah apa yang kita nak.
gambatte!!





بسم الله الرحمن الزحيم

Kenapa rasa tak sedap hati ea?
Ada orang nak marah ke dengan post semalam? huhu.

Feel free to 'berterus terang' with me.
I'm okay.