[Bermusafir, mentadabbur alam] Pt. 2
بسم الله الرحمن الزحيمSambung kisah aku bertemu dengan sahabat-sahabat semalam.
![]() |
| Lol! Takde kaitan pun gambar dengan cerita. Tapi 2 orang dalam ni tak datang. |
Diaorang ni ramai bakal kaunselor.
Seronok berborak dengan diorang ni.
Siap boleh bagi kaunseling kerjaya lagi. -_-"
Sorang tu jenis cakap laju, tapi susah betul nak keluar main point.
Sorang lagi tu, lambat tapi teratur.
Macam-macam kerenah ada. Haha.
Then, aku nak test keluarkan satu hipotesis untuk tahu valid ke tak.
Aku cakap,
"Saya perhatikan, ada 2 jenis orang. Sorang ni jenis banyak berfikir, selalunya dia bercakap laju. Tapi dia lambat buat kerja, atau malas. Sorang lagi dia jenis tak yang rajin buat kerja. Dia tak se-aktif bercakap macam orang jenis pertama."Perbincangan No 1 (panel; kak zu):
" Yeke? Akak tak pun (walaupun akak bercakap laju, LOL!). Ada masa akak banyak berfikir, cakap laju, tapi akak malas rasa nak buat kerja. Kemudian bila akak buat kerja, akak akan diam."
Penyokong perbincangan No 1 (panel; kak nad):
"Betul, akak pun macam kak zu."
Status perbincangan (kedudukan hipothesis):
Aku; "Owh, yeke. Jadi mungkin manusia ni, mungkin boleh jadi dua-dua." So, kak zu dengan yakinnya cakap, "Jadi hipothesis awak tak diterima, atau tertolak. " Haha, laju je kak zu ni.Semakin aku berfikir dalam, boleh jadi manusia ni, cenderung pada nombor atau cenderung pada huruf. Tak apa, teruskan pencarian. Cuma satu je konklusi aku.
Budak sains ni, yang jenis math atau fizik, atau chems, tak boleh buang atau hilang 'jati diri' dia tu. Contohnya cakap laju. Haha. Kak zu, cakap laju, dan berlatarbelakangkan Degree Chemistry.
Dan banyak kak zu share semalam.
Contohnya, manusia ni, pembahagiannya, S= Sosial, R=Realistik, K=Konvensional.
Katanya, aku ni jenis realistik. Macam kerja-kerja dalam lab, gitu. Haha. Apa kaitan, tak tahu.
Aku suka je kerja-kerja kajian ni, tapi kalau setakat duduk dalam lab, ikut arahan, bagi arahan buat eksperimen, maunya lemau kepala!
Kata kak zu lagi, orang sosial, dia banyak bergaul, peramah, macam ahli politik gitu.
Erm, itu aje sempat kak zu share. Rasa nak tahu lebih lagi.
Dan masa otw balik, aku ni kan banyak sangat tanya pasal psikologi.
Iyalah, teruja.
Kak zu cadangkan ambik Kaunseling.
Saya kata, "Akak, saya ni minat aje nak tahu. Tapi saya tak bercadang nak ambil Kaunseling.Inilah antara isi subjeknya. Teruja kan?
Saya nak ambil software engineering (atau berkaitan dengannya).
Sebab saya nak bagi sumbangan di bahagian tu.
Kalau semua orang nak ambil Kaunseling, siapa yang nak pergi ke bidang teknologi ni?
Tak ramai orang boleh pergi ke bidang programming ni.
Sebab tu, bila saya rasa saya boleh pergi, saya nak teruskan."
| Masih buat pertimbangan. |
Sebenarnya masih dilema, nak sambung kerja dulu setahun, kemudian sambung master, atau terus ambil master. Kena berbincang lagi dengan family.
Dan bisnes pula, macam mana?
Sudahlah, pegang amanah orang pula. Berat tu rasa, especially kalau kita pegang sorang.
Itu yang rasa kena bina team cepat-cepat.
Ya, impian saya masih.....
Nak mendigitalkan banyak benda.
Di zaman informasi, pembangunan digital yang makin pesat.
Kak nurul kata, ambil je dulu coursework.
Especially kalau kita masih baru dalam bidang ni.
Terfikir, sejauh mana aku boleh pergi?
Aku tak tahu kalau tak mencuba.
Masihkah aku jadi sang pemikir kalau ambil coursework?
Kalau tanya pendapat orang lain, entahlah.
Lain orang, sebenarnya lain penerimaan dia terhadap kesukaran thesis ni.
Dan inilah dalam sejarah, aku jumpa orang cakap buat thesis tu best.
Ok, berpeluh. Huh!
p/s: Suka berborak dengan orang banyak ilmu dan banyak berfikir ni. Saya akan rindukan kalian suatu hari nanti. T_T. Moga kita bertemu lagi dalam rahmat-Nya dan penuh mahabbah.






















