Ruqaiyah Yusof

Pemain Gitar Jalanan

0
بسم الله الرحمن الزحيم


Selama lalu di BTS,
ni first time pula ada orang petik gitar kat tepi laluan. Sambil menyanyi. Sedap juga suaranya. Orangnya muda juga lagi, slang macam org malaysia.
.
Satu je terdetik dalam hati.
.
Orang ni tabah, dan bagus. Paling kurang, dia usaha cari duit, gunakan bakat dia. Tepi jalan pun jadilah.
Paling kurang dia tak merompak.
.
Walaupun dia tunduk sebab malu. Alah bisa tegal biasa lah.
.
Tempoh hari, masa di ktm, berborak-borak dengan sorang adik dari indonesia. Muda juga lagi, umur 22 tahun. Lagi mengagumkan sebab dia pandai bercakap dalam bahasa english.
.
Walaupun dia lebih bersifat defensif, tapi seronok berkongsi cerita. Dia pun ada parents di medan. Selalu kirim duit saja ke sana. Dan di sini bekerja di kedai jahit yang juga milik org indonesia.
.
.
Tapi, disebabkan dia tak ingat nama tempat dia bekerja, saya tinggalkan bizcard. Mana tahu boleh dapat link tempat jahit. (Kalau dah otak bisnes, macam ni lah).
.
.
Cuma, satu je yang saya terfikir. Kalau nak belajar erti ketabahan, belajarlah dari mereka ni. Sama-sama mencari rezeki, tapi mereka hadap dan tak bersungut. Same with the guy with guitar.
.
Kita bersungut semasa ada macam-macam. Mereka hadapi saja, semasa tiada apa-apa.
.
Tak cuba bandingkan dengan siapa-siapa. Cuma sekadar motivasi & inspirasi untuk terus mara ke hadapan. Dan mendidik hati sendiri.
.
.
P/s: rasanya kalau kumpul cerita boleh buat buku dah ni. 'Cerita jalanan ktm'. Lol.


0 comments:

Post a Comment

Ada komen, cadangan dan penambahbaikan?