Gali balik post-post lama.
Post lama sedap dibaca bila kita lupa.
Seolah-olah, diri kita semasa zaman bagus-bagus dulu memberi nasihat pada kita yang sekarang.
| Gigih dulu belajar dengan mila. huhu. |
Padahal dah ada lecturer yang suggest dah untuk sambung bawah dia T_T.
Tapi jauh nun di UMT. Alahai. Tajuk pun dia dah ada. Cuma hati ini berbelah bahagi, sebab serik masuk Universiti Baru ni sebenarnya. Sama la dengan U***. Orang kata, berjaya atau tak, bergantung pada kita.
Tapi, sebab my self-nature, yang bukan gigih mendengar lecture, gigih membaca lecturer note. Seolah-olahnya sifir untuk degree ni, hafal nombor 1. Faham kemudian. Nak menangis jugak fikir. Sebab kadang-kadang, dalam 5 kriteria tu, 3 sudah ada. Selebihnya cari sendiri. Jadi, kita perlu buat pilihan. Kalau nak di U yang tempat strategik, lecturer tak tahu menahu lagi siapa. Kalau nak lecturer bagus, tempat nun jauh di sana. haaa, lebih kurang macam tu lah.
Jadi, rasa macam lepas degree ni nak sambung kerja dengan abah lah dulu. Buat simpanan dulu dalam setahun, kemudian sambung belajar. Kahwin bila? Tak tahulah. Tengoklah kat mana jumpa yang berkenan. huhu.
Aduuh, sebenarnya tak kuat nak menentukan masa depan ni, dan membuat pilihan ni. Kadang-kadang kesian mak tinggal sorang kat rumah T_T. Ini pun satu hal, pilih mak atau sambung belajar. Kalau tanya mak, mak cakap pergilah. Tapi dalam hati, Allah je yang tahu dia sayang nak lepaskan anak-anaknya. Samalah, kalau kahwin pun belum tentu lagi boleh teman mak lagi.
Rindu sebenarnya masa duduk dengan mak, walaupun anak dia ni kadang-kadang ada la jugak buat dia nak membebel. Haha. Tapi, ada bahagianya. Rindu nak dengar mak melawak lagi.
Hmm, kita ni kadang-kadang tak bersyukur kan? Aku bayangkan, kalau aku dah kahwin, ada kesempatan ke nak sambung belajar, realisasikan apa yang kita nak? Allah tak temukan lagi jodoh ni, sebenarnya Allah nak bagi aku peluang.......peluang untuk capai yang aku nak. Kenapalah aku tak sedar selama ni. Jadi, jangan takut lagi. Teruskanlah melangkah apa yang kita nak.
gambatte!!
0 comments:
Post a Comment
Ada komen, cadangan dan penambahbaikan?