Ruqaiyah Yusof

Trend yang berulang.

0
بسم الله الرحمن الزحيم

Mereka kata trend yang berulang dalam dunia penulisan.
Ya, aku setuju.
Dan tadi baca tentang Televangelist di blog Ust Hasrizal.



Marketer dari orang bisnes memang kena fikir benda ni.
Trend!
Tapi, dari sudut dakwah, ianya seakan hipokrit, bak kata ustaz dalam penulisannya.

Kadang-kadang, kita penat bagaimana nak 'menyeru' lagi mad'u ini.
Kita gunakan cara creative, hingga akhirnya orang mengikut kita, bukan lagi dakwah.

Fikir balik, macam mana Rasulullah buat?

Ajak semula manusia ingat pada Allah.
Bina, atau ayat lain, PASAKKAN iman (asas) dalam hati manusia.

So, aku berfikir, penulis macam mana aku nak jadi?
- aku mention siap-siap, tak baca pendahuluan, rugi! Atau cari jawapan di pendahuluan.
- di pendahuluan, aku ingatkan semula betulkan niat. Dan lain-lain.
- Mungkin sebenarnya kita ni kena pupukkan minat membaca dalam masyarakat. Ni antara tugas aku.

Susah jugak sebenarnya, aku ni.
Kadang-kadang benci dengan diri sendiri, bila aku ada banyak kerja sampai tak boleh membaca.

Setiap kali aku membaca, aku niat nak tambah ilmu aku,
dan dalam masa yang sama, nak MENGGALAKKAN orang lain membaca.

Aku tak heran kalau orang nak kritik,

"setakat baca, pastu post beberapa petikan, menjadikan kita pembaca yang mandul!"

Aku: Kalau nak mencapai ke arah membaca pun susah, tak payahlah cakap pasal mandul ke, kritis ke, apa ke. 

Ni masyarakat kita ni, apa nak jadi?
Ada korea, ikut korea.
Ada gelombah Matluthfi la, AmranFans la, Maharaja Lawak la.

Hmm, aku tak tahu lah nak cakap apa.
Sebab aku jenis bukan fanatik pada mereka yang sentap-sentap ni.

Bagus dah tu, cuma menjadi sebagai AKU, dirinya yang bernama Ruqaiyah,
aku cari ilmu yang asas.
Penulisan yang boleh hurai ilmu asas, sampai aku boleh faham dalam kehidupan.

Sama macam equation (maaf, sebab saya orang fizik), cukup kita tahu equation, dan bagaimana ia berfungi. Jadi, kita boleh huraikan 100 situasi dengan hanya 1 equation.

Cari yang asas tu dulu, untuk menghadapi 100 perkara lagi.



0 comments:

Post a Comment

Ada komen, cadangan dan penambahbaikan?