Seronok PBAKL 15 kali ni.
Alhamdulillah, lambat sikit update pasal PBAKL ni, bukan apa.
Sabtu ahad, busy sikit, pergi kursus kahwin.
Jumaat pergi PBAKL,
Khamis dgn Rabu malam pergi UKM,
berderet-deret.
Ini pun housemate ajak pergi kat tempat kanak-kanak autism,
tapi rasa berderet-deret tiap hari berjalan.
Memang bagus untuk kurus, tapi kena siapkan kerja. huhu.
==================
Hari Ahad.
Ada kisah disebalik kejadian ni.
Semuanya perancangan Allah yang sebaik-baik merancang.
Tak plan pun nak jumpa kakak kat PWTC ni.
Turun bas, memang sebelah station je dengan PWTC.
Masa tu, baru turun bas, solat zohor.
Lepas solat, berdoa siap-siap.
"Ya Allah, aku dah dekat ni. Teringin sangat nak pergi. Tapi takde siapa nak teman atau jumpa kat sana. Ya Allah, kalau ada orang nak pergi sekali ke pwtc, memang aku akan pergi. Izinkanlah aku."Pergi lipat telekung. Bersiap-siap nak keluar surau. Baca mesej.
"Siti, kita orang kat pesta buku ni. Nak mai?"
Ya Allah! Pucuk dicita, ulam mendatang. Orang mengantuk disorongkan bantal. (Ok, peribahasa apa lagi nak guna? huhu) Gembira tak terkata.
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Kebetulan, masa bas saya sampai tu, masa kakak mesej, diorang baru sampai.
Perancangan Allah lagi hebat. :'( Allah jualah sebaik-baik perancang.
Rupa-rupanya, masa balik tu, kakak buka cerita.
Sebenarnya kakak dah lama teringin nak pergi pesta buku. Ajak abang bad.
Tapi abang bad kata, "nak pergi dengan bawak Aini ni? (Sebab aini agak 'ringan'. Memang sakit tulang belulang kalau dukung lama sikit.)"
Kakak pun diam.
Tiba-tiba, hari Ahad tu, masa saya naik bas tu, Abang Bad tiba-tiba ajak kakak pergi pesta buku.
Terkejut jugaklah kakak, tak siap apa-apa lagi.
Alhamdulillah, sampai juga mereka ke sana.
Masa dah nak sampai PWTC, abang bad suruh kakak mesej saya. Ajak je, kalau-kalau siti nak pergi. Rupanya Allah dah gerakkan hati abang bad dan kakak untuk semuanya.
(Selingan: banyak kali berdoa supaya Allah gerakkan hati 'dia'. Insya Allah, mungkin kena tambah usaha je lagi sikit. hihi)
Hebatkan perancangan Allah?
Subhanallah. Alhamdulillah.
![]() |
| Dah siap round. Tapi tak berapa best, sebab kakak asik risau ke anak dia. Huhu. Tak tenang nak tengok buku. |
![]() |
| Inilah Nur Aini Izzati. Comel kan? |
![]() |
| Ok, ini kerja poyo. Takde keje selfie tengah lautan orang ramai. haha, pastu malu sendiri. |
![]() |
| Tengok tu, mak orang tengah cari buku untuk anak dia. Haha, dulu cari buku untuk bujang-bujang. Lain genre nya. |
![]() |
| Takde kerja, welfie sambil mak budak tu tengah cari buku. Haha |
![]() |
| Ini lah abang bad dengan kakak. |
![]() |
| Dalam train. Otw balik. |
Kisah 2 (Jumaat)
Masa ni pergi dengan kakde dan abangde pula.
Kisah dia, saya dah coretkan di FB.
Ini linknya.
![]() |
| Kakde, abg de, hakimi & hafizi. |
![]() |
| Dan terjumpa buku ni. Dan tergerak untuk beli, dan teringat ke someone. |
![]() |
| Ini buku untuk afif, tapi terbawa balik pulak. |
===============
Kisah 3 (Sabtu).
Ok, ini kisah orang lain pula. Diceritakan semula oleh saya.
Masa tu angah ajak afif pergi pesta buku, dalam whatsapp.
Kecoh jugaklah pagi sabtu tu, dia ajak umi dengan afif.
Alhamdulillah, dalam pukul 3 tu selamat sampai ke pesta buku.
Angah bawa anaknya, Kakyong (Darjah 5) & Kakngah (Darjah 4) saja.
Lagi 4 orang hero-hero tu kena tinggal.
Ok, ini kelakar sebab Mak cakap, abang ahmad (Darjah 3) yang tak pernah-pernah menangis pun, menangis kena tinggal. Haha. Kat bawah nanti ada gambar hero berempat tu.
Alhamdulillah, pukul 9 malam, diorang terus naik bas balik rumah. Sampai lebih kurang dalam pukul 12 malam. Cekal kan? Pergi balik hari je. Macam kuantan tu sebelah KL je, haha. Sebab abang ngah tengah berniaga, tak dapat pergi sama. Anak-anak dah besar, dah boleh tinggal. Mujurlah.
![]() |
| Dari kiri, kakyong, kakngah, afif. |
![]() |
| Dengan angah. |
![]() |
| Pantang jumpa buku. Terus tunduk, tak angkat-angkat kepala. haha |
![]() |
| Pok Afif, seronok naik LRT. |
![]() |
| Angah 3 beranak. |
![]() |
| Ok, ni memang menarik. Diorang solat jumaat sampai ke mesin ATM ni. Betapa ramainya umat Nabi Muhammad yang bernama lelaki ni rupanya. Ini tengah beratur nak cucuk duit ni. |


















0 comments:
Post a Comment
Ada komen, cadangan dan penambahbaikan?